semalam aku rasa deria aku kurang berfungsi seperti biasa.seakan-akan nak demam.nasib baik bekalan kopi radix aku masih ada lagi.aku pun bancuhlah 2sachet kopi dlm 1 cawan.tetapi perasaan nak demam tu semakin bertambah.utk melawan perasaan tu aku pun amik keputusan utk keluar ke zhan xi lu (tempat wholesale pakaian).di sana sempat jugak aku beli beberapa helai baju.masalahnya tujuan aku kesana nak melawan perasaan nak demam tu.tapi sampai disana hujan turun plak.nak xnak aku kena mandi hujan jugak.walaupun hujan xberapa lebat tapi tahap air pollution kat sini sangat teruk.jadi sangat mudah utk dijangkiti penyakit.kat sini,walaupun selepas hujan lebat tetapi permandangan di udara tetap kabur.ini kerana bandar guangzhou ini telah di kelilingi oleh kilang-kilang.dan guangzhou juga dikenali dgn kawasan perindustrian.
balik saja dari zhan xi lu,aku terus merebahkan diri.imuniti badan aku xdapat melawan agen demam.keseluruhan badan aku terasa sangat sakit.dan ketika itu aku merasakan suhu badan aku hampir mencecah 40'C.tekak aku terasa sangat loya.dan ketika itu juga aku diselubungi perasaan takut dijangkiti penyakit H1N1 kerana baru minggu lepas aku ke beijing.aku memencilkan diri aku ke dalam bilik.setiap kali aku menggerakkan badan aku,kepala aku terasa seperti ditarik.berdenyut-denyut.aku mula muhasabah diri.bibir aku mulai basah mohon taubat.sepanjang malam mungkin dlm 1 jam tu 2 3 kali aku terjaga.tetapi aku masih lagi xberdaya nak bangkit.
hari ini setelah aku terjaga dari tidur yg agak lena sedikit,jam sudah menunjukkan hampir kol 11.tetapi aku masih lagi xberdaya nak bangkit.walaupun suhu badan aku hampir kembali ke normal tapi kepala aku masih lagi berdenyut.dan ketika teman serumah aku panggil utk makan bersama,aku cuba bangun.niat aku utk utk berpuasa sunat hari ini terpaksa dikanselkan.nafsu makan aku langsung xde.tapi aku mesti kena makan jugak.lepas makan aku bancuh lagi 2 sachet kopi radix dlm 1 cawan.aku makan jugak semua herba HPA yg ade.
dan sekarang aku rasa lebih baik dari semalam.syukur kerana aku xdijangkiti H1N1.walaupun deria rasa aku xberfungsi ketika makan tadi tapi aku bersyukur aku da dapat balik sedikit kekuatan badan ini.di saat ini juga aku seorang diri di rumah dimana teman-teman serumah aku masing-masing keluar dgn urusan tertentu.
Monday, June 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment