Thursday, March 26, 2009


ketika melawat ke baomo yuan




beberapa org classmate aku


Melayu sekarang sangat pandai wo...

Suatu hari ketika sedang berjalan jalan di Beijing Road,iaitu salah satu tempat tumpuan pelancong di daerah Guangzhou ini,aku terserempak dgn beberapa group rakyat Malaysia.Suka apabila dapat bertemu dgn rakyat Malaysia di tempat org ini.Aku terdengar mereka bercakap dlm bahasa melayu (longhat org cina) dan aku pon mulakan perbualan dgn mereka.aku mengatakan yg aku belajar di sini.dan reaksi yg ditunjukkan oleh perempuan cina rakyat Malaysia ni amat menyakitkan hati aku.jawab perempuan cina tersebut "aiya,org melayu sikalang manyak pandai woo..sudah masuk China..".Mungkin ada maksud lain yg ingin di sampaikan oleh perempuan cina tersebut.Mungkin juga satu ayat yg menunjukkan dia risau.Walau apa pun kemungkinan,ayat perempuan tersebut memang agak pedas.Terasa nak je aku tampar perempuan tu.Utk mengelakkan kejadiaan yg x diingini,aku pun bawa diri.Kawan aku yg x menyedari hakikat tersebut makin rancak berbual dgnnya.

Daripada ayat perempuan tersebut,apakah yg di maksudkan dgn 'org melayu sekarang sgt pandai'?.Apakah sebelum ni org melayu xpandai atau lebih jelik lg bodoh?.Apakah sebelum ni mereka (perempuan cina tersebut) lebih pandai atau da bagus sangat la kononnya?...

Dan bila mendengar cerita drpd teman aku yg mengikuti perkembangan semasa di Malaysia bahawa keadaaan di tanah air bertambah huru hara,aku merasa sgt bimbang.Sebabnya org melayu kita bergaduh saling sendiri.Orang kita sesama islam saling tuduh menuduh,saling maki memaki,saling bertikam lidah,dan bermacam saling lagi la.Dr Mahathir dapat mendamaikan pemimpin2 Somalia yg beragama islam drpd bergaduh kerana merebutkan kuasa,kenapa negara beliau sendiri xdapat lagi kedamaian di peringkat atasan?

Keadaan ini semakin membuatkan semangat aku utk memperjuangkan islam.Dalam perlembagaan Malaysia pun apa yg di katakan Melayu adalah 1)beragama islam 2)bertutur dalam bhs melayu 3)mengamalkan adat melayu.tapi aku sedar,dalam sesuatu perjuangan tu kita xboleh bergerak sendirian.Dgn adanya bantuan rakan2 seagama dan sebangsa insyaallah bertambah kuat pergerakan tersebut.

Sunday, March 15, 2009

DUIT OH DUIT

salam kpd semua...
ingin sy ajukan 1 soalan apakah tujuan kita hidup di dunia ini..
jika hidup kita kerana duit semata,apakah pasti di akhirat sana kita dapat hidup dgn senang?
persoalan ini telah timbul setelah hampir sebulan sy di bumi china ini..
di mana masyarakat di sini rata-ratanya bertuhankan duit.termasuk umat islam di sini juga.ketika sy pergi sembahyang jumaat di salah sebuah masjid tertua di guangzhou ini,terdapat ramai pengemis di sepanjang deretan masjid tersebut terutama sekali di bahagian pintu utama masjid.pengemis yg beragama islam memakai kopiah putih serta berpakaian lusuh tanpa segan silu meminta malah memaksa memberikan mereka sedikit wang sambil melaungkan kalimah2 suci.walaupun ketika solat jumaat sedang berlangsung tetapi mereka masih lagi di tempat yg sama.tidak berganjak sedikit pun.jika mereka mengatakan mereka adalah muslim mengapa tidak mereka solat bersama.apakah yg mereka faham tentang islam?nampak di sini bahawa islam mereka masih lg ketinggalan.mereka lebih mengutamakan duit utk kehidupan di dunia.begitu juga dgn peniaga2 makanan islam di sini.kedai makannya nampak kotor malah pekerjanya juga sangat selekeh.apakah islam tidak mengajar mereka menjaga kebersihan?apabila sy sampai di bumi china ini dan melihat keadaan umat islam di sini,sy merasakan komitmen sy semakin berat.bukan sj kepada diri sy sendiri,tetapi sy turut berkomitmen kepada syarikat HPA,negara Malaysia dan agama Islam terutamanya....ya Allah,berikanlah kekuatan utk hambamu terus berjuang di atas jalanmu....

Tuesday, March 3, 2009

kehidupan baru di china

Pada 18.2 yg lalu,aku telah sampai ke negara China utk sambung belajar di sana.aku bersama 6 org rakan baru sampai di lapangan terbang baiyun,guangzhou sekitar kol 8.dan destinasi pertama kami adalah ke rumah Kak Ti iaitu isteri kpd konsulit Malaysia,Cik Din.


di taman kolam Jinan Universiti


kebesokan harinya, kami ke Jinan Universiti iaitu universiti tempat kami nak belajar utk mendaftarkan diri.Cuaca pada masa itu masa itu amat sejuk.Semasa mendaftar,kami bertemu pula dgn 2 org pelajar Malaysia yg sudah hampir 3 thn berada di sini.Sehari suntuk kami menghabiskan masa di sini..

di hadapan hospital tempat kami membuat medical check up

20.2.09,kami dikehendaki utk membuat medical check up.Walaupun sebelum berangkat ke sini,kami sudah membuatnya tp pihak universiti tetap mahukan dr negara mereka sendiri.ini menunjukkan mereka mahukan perkhidmatan mereka first.cuaca hari ini semakin sejuk.aku terlupa memakai baju sejuk kerana ku sangkakan sejuk di kala pagi je.menggigil2 aku dlm hospital 2..
besoknya pula kami di bawa ke pusat membeli belah wholesale oleh saudara safwan iaitu senior 1 sem aku.juga pelajar Malaysia yg mendapat tajaan HPA.di sini aku membeli beberapa pakaian utk kegunaan masa depan krn dr Malaysia aku hanya membawa 3 pasang pakaian je.pakaian di sini murah2 je.org cina ni pandai.mereka copy bulat2 produk syarikat ternama sehinggakan pada tag pakaian 2 pun mereka copy bulat.cima kualiti mereka kurang la ckt.Anda jgn terkejut plak kalau kereta seperti BMW,MERCEDES,MPV pun mereka copy bulat2..
ok la..kita bertemu semula lain kali.x byk masa di peruntukkan buat benda ni.kerana aku di sini banyak lg komitmen lain..