Thursday, May 14, 2009

RFC buka cawangan di Arab Saudi

artikel ini saya ambil dari myMETRO.semoga cita2 ini mendatangkan kejayaan.


Oleh Wan Noriza Meor Idris

wannoriza@nstp.com.my

RADIX Fried Chicken (RFC), restoran makanan segera milik penuh Bumiputera yang menghidangkan ayam goreng, bakal menembusi Arab Saudi menjelang akhir tahun ini dengan pembukaan cawangan restoran di negara terbabit.

RFC yang juga anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd, peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera dan terkenal dengan produk Kopi Radix di negara ini, yakin restoran makanan segera itu dapat diterima bukan saja oleh rakyat negara ini, malah antarabangsa khususnya negara Islam kerana menyajikan makanan berkhasiat dan halal.

Eksekutif Bahagian Pembangunan Perniagaannya, Sharifah Roziah Syed Tahir Jalaluddin, berkata ketika ini RFC mempunyai tiga cawangan di utara tanah air, khususnya Kedah dan merancang membuka sekurang-kurangnya 200 cawangan dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya, RFC yang baru memulakan operasi di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah, pertengahan tahun lalu menerima sambutan menggalakkan sehingga operasi restoran itu dilanjutkan kepada 24 jam sehari dan membuka cawangan di kawasan terdekat untuk jualan pandu lalu.

Katanya, ketika ini RFC sedang dalam proses mengukuh perniagaan dan mematangkan khidmat di bahagian utara sebelum mengembangkan perniagaan ke seluruh negara.

“Kami mendapat permintaan di Arab Saudi kerana kami menawarkan makanan segera halal, sejajar dengan populasi penduduknya yang beragama Islam. 

“Selepas Arab Saudi, kami mungkin meneroka negara lain yang majoriti penduduknya beragama Islam, termasuk Indonesia. Kami sudah mempunyai pejabat bagi mengedarkan produk di sana menerusi PT HPA Nusantara.

“RFC alternatif kepada penggemar makanan segera, tetapi mahukan makanan berkhasiat kerana bahan yang kami gunakan adalah organik dan berasaskan herba,” katanya.

Menurut Sharifah, RFC dibina di atas pelaburan HPA dan berkonsepkan perkongsian sistem mudharabah antara RFC dengan pemodal dengan setiap pelaburan untuk sesebuah RFC ialah RM1.5 juta.

Mengikut sistem itu, RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus modal dan pentadbiran manakala pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan 50:50 antara HPA dan pemodal.

HPA ialah antara MLM terbesar di Malaysia sekarang dengan mempunyai lebih 470,000 ahli. Antara produk utama mereka ialah Kopi Radix yang kini antara kopi herba segera paling laris di negara ini.

Wednesday, May 13, 2009

KURSUS USAHAWAN HPA



PBC DAN KEISTIMEWAANNYA
1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.

2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.

3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.

4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.

APA PBC?

Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan 'product killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix.Serta beratus produk lain merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH...

Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?
1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan berkesan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

Bagaimana hendak sertai program PBC ini?
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

Modul-Modul PBC
Antara modul yang akan diberikan adalah
1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH…

Dapatkan jadual PBC terdekat melalui Cawangan HPA, Stokis HPA seluruh negara, Pemimpin HPA anda, atau dengan melayari laman web
1.WEb HPA : http://www.hpa.com.my
2.Komuniti Zon Utara : http://www.pjskpu2.blogspot.com
3.Komuniti Zon Tengah dan Selatan : http://kpa2u.wordpress.com
3.Komuniti Zon Timur : http://hpakpt.blogspot.com

Pangkat HPA jika tanpa melalui PBC:

PB 10% belian antara 0 NM - 500 NM
PB 14% belian antara 501 - 1000 NM
PB 17% belian antara 1001 - 1500 NM
PLX 20% belian antara 1501 Nm keatas...

PRX 23% perlukan 3 org pangkat PLX
PJX 26% perlukan 6 org pangkat PLX
PL 29% perlukan 2 org pangkat PRX dan 4 org pangkat PLX
PR 32% perlukan 4 org pangkat PRX dan 2 org pangkat PLX
PJ 35% perlukan 6 org pangkat PRX
PJI 35% perlukan 2 PJ (line berbeza)
PJE 35% perlukan 4 PJ (line berbeza)
PJM 35% perlukan 6 PJ (line berbeza)

Friday, May 8, 2009

solat jumaat






saje nak postkan gambar2 ni.nak tunjukkan situasi ketika menunaikan solat jumaat di sini.di daerah guangzhou ini menurut Guangzhou Islamic Sociation (GIS) terdapat lebih kurang 60ribu org umat islam dr pelbagai negara.dan kebanyakannya boleh berbahasa mandarin.masjid dalam gambar di atas ni adalah masjid Huaisheng iaitu masjid tertua di guangzhou ini.masjid ini dibina semasa zaman kegemilangan dinasti Ming.pada zaman itu agama islam berkembang dgn begitu pesat.maharaja dinasti Ming telah menubuhkan masjid ini utk membalas budi dan menolong umat islam ketika itu.maharaja Ming juga ada menulis satu watikah yg berisikan seribu satu pujian keatas baginda rasulullah s.a.w.masjid ini juga dibina semata2 utk mengingati rasulullah s.a.w.laksamana cheng ho juga diutuskan utk menyebarkan dakwah pada zaman ini.

pada hari jumaat,masjid ini dimonopoli oleh warga arab.dan ketika itu seolah2 seperti berada di negara arab.keluar saja dari kawasan masjid,terdapat banyak peniaga2 yg menjual makanan arab.xketinggalan juga nasi beriyani yg dijual oleh rakyat malaysia keturunan india.

seperti di kebanyakan tempat di mana2 pun,apabila ramainya org berkumpul maka ramai jugalah yg mencari rezeki secara usaha ataupun meminta.nak cakap kat sini kat mana2 pun mesti ada peminta sedekah.kalau niat nak bagi teruskan.kalau ragu2 sedekah je kat masjid.

Thursday, May 7, 2009

promosi malaysia






selasa tempoh hari kami student malaysia telah dipanggil oleh tourism malaysia utk mempersembahkan perkahwinan mengikut budaya melayu di sebuah shopping complex.majlis ini telah dirasmikan oleh en. roslan iaitu consulate general di sini.tujuan ini diadakan utk memperkenalkan dan mempromosikan malaysia sekaligus menarik perhatian org ramai utk datang melawat ke malaysia.diharapkan dgn kerjasama yg diberikan dapat menghasilkan perhubungan yg baik di antara kami dan juga pihak tourism malaysia.

Wednesday, May 6, 2009

CINTA

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Wallahualam. .

Tuesday, May 5, 2009

Orang kata aku lahir dari perut mak..


Bila dahaga, yang susukan aku....mak                               
Bila lapar, yang suapkan aku....mak                                 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak                       
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak                         
Bila bangun tidur, aku cari....mak                                 
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak                           
Bila nak bermanja, aku dekati....mak                               
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak                             
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak                           
Bila nakal, yang memarahi aku....mak                               
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak                             
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak                     
Bila takut, yang tenangkan aku....mak                               
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak                             
Aku selalu teringatkan ....mak                                   
Bila sedih, aku mesti talipon....mak                               
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak                         
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak                               
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "                           
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak                           
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak                           
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak                             
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak                             
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak                         
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak                           
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak               
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak                     
Yang selalu berleter kat aku....mak                                 
Yang selalu puji aku.....mak                                     
Yang selalu nasihat aku....mak                                   
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak    
 

Aku ada pasangan hidup sendiri.....       
                          
Bila seronok, aku cari....pasanganku                              
 
Bila sedih, aku cari....mak
 
                                   
 
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                          
 
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak    
 
                         
 
Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku                            
 
Bila berduka, aku peluk erat.....emakku  
 
                           
 
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                            
 
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak  
 
                         
 
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku                    
 
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
 
               
 
Selalu.. aku ingat pasanganku
 
Selalu.. mak ingat kat aku
 
                                   
 
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku  
 
Entah bila... aku nak talipon
 mak 
                               
 
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                          
 
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
 emak       
                   
 
Renungkan:  
 
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?        
 
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
                 
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......  
 
                   
 
Tapi kalau mak sudah tiada.....
..... 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....       
 
 
 
 
 
 
 
 
Berapa ramai yang sanggup
 menyuapkan ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup
 mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup
 mengantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup
 membersihkan najis ibunya...... . 
berapa ramai yang sanggup
 membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....   
berapa ramai yang sanggup
 berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali   berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... .

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00 
2) Tolong jaga adik : RM4..00
 
3) Tolong buang sampah : RM1.00
 
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
 
5) Tolong siram bunga : RM3.00
 
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
 
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
 
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
 
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
 
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

 

Saturday, May 2, 2009

Hati hati..




saje nak post gambar remaja2 di sini.di Malaysia sendiri berlaku perkara ini dan saya mengakui yg saya pun pernah mengalaminya.tp tidaklah sebiasa di sini.andai ini menjadi kebiasaan di negara kita bagaimanalah agaknya eh.tp xmustahil ianya berlaku sekiranya pemimpin2 kita xmenjalankan tugasnya dgn penuh rasa tanggungjawab dan amanah.

Kebenaran yg nyata








gambar ini diambil ketika majlis makan malam bersama pegawai2 imigresen di guangzhou sempena meraikan rombongan puspanita ke guangzhou.aku duduk semeja dgn consulate general dan imigration attache.dapat dilihat disini kami dihidangkan dgn minuman coca-cola.



ini adalah salah satu pasaraya di bandar guangzhou.terdapat juga carefour dan jusco.bangunan amway juga begitu pesat di sini.dimana2 saja pasti dapat dilihat.










KFC juga tidak ketinggalan memesatkan perniagaannya disini.begitu juga dgn Mcdonald dan Pizza Hut.begitulah megahnya perniagaan makhluk Allah.
Andai kita umat islam ini dapat bersatu hati dan tenaga utk mengembeleng ekonomi ummah di merata dunia,alangkah bagusnya.cuba kita bayangkan saja kalau bangunan2 itu berubah wajah yg melambangkan milik orang islam pasti agama Allah ini dapat menggerunkan agama lain.
Di Malaysia rakyatnya agak sensitif dgn ekonomi umat islam.HPA menampakkan lagi kebenarannya.dan kita sepatutnya tidak teragak2 lagi utk menyahut seruannya.apabila ekonomi umat islam kukuh dipersada dunia xmustahil islam itu sendiri menjadi kuat.insyaallah.