Friday, May 8, 2009

solat jumaat






saje nak postkan gambar2 ni.nak tunjukkan situasi ketika menunaikan solat jumaat di sini.di daerah guangzhou ini menurut Guangzhou Islamic Sociation (GIS) terdapat lebih kurang 60ribu org umat islam dr pelbagai negara.dan kebanyakannya boleh berbahasa mandarin.masjid dalam gambar di atas ni adalah masjid Huaisheng iaitu masjid tertua di guangzhou ini.masjid ini dibina semasa zaman kegemilangan dinasti Ming.pada zaman itu agama islam berkembang dgn begitu pesat.maharaja dinasti Ming telah menubuhkan masjid ini utk membalas budi dan menolong umat islam ketika itu.maharaja Ming juga ada menulis satu watikah yg berisikan seribu satu pujian keatas baginda rasulullah s.a.w.masjid ini juga dibina semata2 utk mengingati rasulullah s.a.w.laksamana cheng ho juga diutuskan utk menyebarkan dakwah pada zaman ini.

pada hari jumaat,masjid ini dimonopoli oleh warga arab.dan ketika itu seolah2 seperti berada di negara arab.keluar saja dari kawasan masjid,terdapat banyak peniaga2 yg menjual makanan arab.xketinggalan juga nasi beriyani yg dijual oleh rakyat malaysia keturunan india.

seperti di kebanyakan tempat di mana2 pun,apabila ramainya org berkumpul maka ramai jugalah yg mencari rezeki secara usaha ataupun meminta.nak cakap kat sini kat mana2 pun mesti ada peminta sedekah.kalau niat nak bagi teruskan.kalau ragu2 sedekah je kat masjid.

No comments:

Post a Comment