Friday, June 19, 2009

jumpa group malaysia

hari ini hari jumaat.mcm biasa aku akan ke masjid huaisheng menunaikan solat jumaat.disana bertemu pula dgn segerombolan rakyat Malaysia dan mengikut maklumat seramai kira2 50 orang.pada mulanya aku disapa oleh seorang budak yg menanyakan "abg org malaysia eh?".aku terkejut dan menjawab dgn seronok sekali "ye.study kat sini.ang buat ape kat sini?"dia pun menjawab "ikut rombongan company mak jalan2.".rombongan ini adalah under PKNS.dan yg paling seronok terdapat juga beberapa orang dari kuang.kawasan aku tinggal di malaysia.malah ade juga bekas cikgu sek menengah bkt gading.bekas sekolah aku.tapi masa aku belajar kat sekolah tu dia da xmengajar da kat sekolah tu.1 lagi tapi aku lupa nak tanya nama mak cik tu.apa daaa...

sebenarnya plan aku hari ni lepas abis solat jumaat aku nak gi bershopping sikit kat onelink plaza.nak cari la pape sovenier nak bawa balik.tapi plan aku tu xtercapai.badan aku masih lemah lagi hari ni.batuk aku semakin melarat.dan memang terasa lemah la badan ni.aku pun amik keputusan balik je berehat kat umah.ondeway nak balik tu aku singgah dulu satu restoran muslim baru kat area situ.ala2 hotel la plak restoran tu.aku suruh wan je pesan lauk.sebab akmi masih lagi xboleh baca menu dorang.sumer karakter cina.gambar menu plak kat bahagian depan.aku malas nak berjalan lagi kalau da dapat duduk ni.kami makan 3 jenis lauk dan 2 jenis kuih.minum teh cina.murah je.cuma RMB64.makanan dia memang amat menyelerakan.tapi sayang,walaupun nafsu makan aku tinggi masa tu tapi aku tetap xluak nak makan.makan sikit je pastu da rasa loya.

balik tumah aku berehat je la sambil layan tenet.perut lapar tapi xberselera nak makan.dan ini akan menyebabkan berat badan aku akan semakin menurun dan aku akan jadi semakin kurus.lepas ni kalau aku malaysia jangan tanya la pasal apa aku da semakin langsing...

No comments:

Post a Comment