Monday, June 22, 2009

remaja china

kali ni aku nak citer pasal sorang remaja china ni plak.semalam aku berkemampuan la nak keluar berjalan-jalan.beselah baru sembuh dari demam rindu nak tengok permandangan luar.aku nampak 1 kedai teh dari jauh dan aku tertarik nak kesana.aku pun belilah sedikit teh china nak bawak balik malaysia.sambil-sambil tu aku pun berborak la dgn dia.siap mintak dia buatkan teh lagi bagi aku minum.aku beli teh yg murah je tapi mintak minum teh mahal.hehe..tapi orang china ni dia xkisah.dia jaga pelanggan dia.aku siap mintak teh yg paling mahal sekali tapau nak rasa kat rumah.

bukan tu yg nak dijadikan ceritanya.aku adalah tanya kat dia umur dia sebab aku tengok dia muda tapi dah ade kedai sendiri.dlm jangkaan aku umur dia dlm sekitar 25an la.tapi bila dia jawab umurnya aku terkejut sebab dia sebaya aku lahir tahun 88.lagi muda berbanding tekaan aku.dia bercerita lagi yg lelaki cina ni kalau xde duit perempuan xsuke.sebab tu lepas habis sekolah je dorang terus cari kerja.malah dkt sekolah pun dorang dah di washbrain utk buat bisnes sendiri.dan setiap apa yg dorang buat,dorang xkan peduli apa tanggapan orang asalkan benda tu boleh menghasilkan duit.

pernah juga aku dgn kawan-kawan yg lain bersembang dgn seorang pemandu van ni.dia pun agak muda jugalah.dia menceritakan yg kehidupan di guangzhou ni sgt mahal.dia yg berpendapatan sehari sekitar 300-500 RMB pun hidup ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.katanya lagi dia seorang lelaki dlm keluarga tu perlu bagi duit pada isterinya,emak,bapa dan adiknya.tapi yg aku geram dgn pemandu van ni adalah dia kaki minum.setiap malam katanya dia akan minum sekurang-kurangnya sebotol arak.dan memang itulah cara hidup orang di sini.kerja pada siang utk enjoy pada malamnya.

1 comment:

  1. ewah2...
    dh tertarik n awek cantik china ker...?
    awek ko nnti sape nk jage..
    wakakaka...
    xde sorang amoi tok aku ke..?
    kkikikki...

    ReplyDelete