Tuesday, June 16, 2009

aku tetap aku

pagi ini aku rasa seakan-akan sudah sembuh dari demam.tetapi rupanya hujan di tengah hari.awal2 pagi lagi aku membancuh sesachet kopi radix (bekalan nak habis) dan aku telan jugak beberapa biji kapsul herba HPA.dan seperti biasa amalan mathurat diteruskan.aku juga menghabiskan masa pagi aku dgn membasuh baju dan menyidainya.aku nak melawan perasaan demam tu dgn keluar berjalan-jalan di luar tapi aku takut tumbang di tengah jalan langsung dikuarantin dan disyaki wabak H1N1.jadi aku pun duduk di beranda sambil bermuhasabah diri.

kemudian aku kembali semula ke arah katil aku dan tarik selimut selubungkan badan aku terus lelapkan mata.apabila terjaga dari tidur kepala aku berdenyut kuat.lagi bertambah parah apabila rumah atas di tingkat 19 sedang renoved rumahnya dan rumah aku di bawah berdentum-dentum bunyi ketukan.aku pun bangun dari tidur dan terus gi mandi.selepas mandi badan aku menggigil-gigil kesejukan.

aku pun kembali semula ke katil dan berselubung semula.petang ni aku minum lagi kopi radix yg dibancuh oleh teman serumahku.ketika itu mereka sedang bersiap-siap utk ke tian he sport centre main badminton.skang ni aku tinggal sorang je di rumah.dan sekarang juga aku rasa semakin baik.tapi badan aku tetap longlai.dan dari pagi juga aku masih xmakan sedikit pun.cuma telan beberapa biji kapsul je.

1 comment:

  1. salam.semoga anta cepat sembuh..anggap sakit ni ada hikmahnya.kafarah dosa..terima sebaik2nya...insyaallah ada hikmah yg terbaik dsebaliknya.bykn sabar...salam.

    ReplyDelete