Saturday, July 25, 2009

slot motivasi

10 Sebab Mengapa Anda Tidak Cemerlang

1. Anda belum berbuat pada tahap
optimum.

2. Anda tidak
fokus. Aktiviti anda merentasi pelbagai skop dan bidang tapi tidak ada satu pun yang cemerlang.

3. Anda tak mahu
minta bantuan orang lain. Anda terlalu malu untuk itu. Anda hanya bergantung kepada kudrat anda sendiri.

4. Anda kalah dengan
nafsu anda sendiri. Ingatlah bahwa nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan dan nilai negatif.

5. Anda tidak mengilap bakat anda dalam
berkomunikasi. Akibatnya anda lemah dalam berkomunikasi. Sedangkan dunia sekarang ialah dunia komunikasi.

6. Anda tidak rajin
bermonolog dengan minda anda sendiri. Anda tidak berusaha untuk bermuhasabah diri sebelum tidur malam.

7. Anda terlalu merendah diri. Anda merasakan orang lain besar-besar dan kaya-kaya belaka. Anda sering merasakan diri anda
"born loser" - dilahirkan untuk kalah.

8. Anda kurang
pergantungan dengan Allah SWT. Anda terlalu bergantung dengan usaha anda sendiri. Anda terlau bergantung kepada duit dalam poket anda.

9. Anda tidak
mengasak otak anda ke tahap optimum untuk menghasilkan idea dan strategi baru.

10. Anda banyak
rehat, bermalas-malas, merengankan fikiran dan tidur.

Bagaimana Bangkit Dari Kelembapan?

1. Lihat orang yang telah berjaya. Bukankah mereka dulu juga seperti anda? Bagaimana dia lebih dahulu
menerobos sempadan diri?

2. Baca
sejarah pemimpin dunia yang berjaya.

3. Minda anda sebenarnya mampu
melakukan lebih daripada apa yang anda capai sekarang.

4.
Bangun awal pagi sebelum Subuh. Ingat! Anda telah menyiapkan banyak kerja tatkala orang lain baru mahu bangun tidur. Keluar rumah awal walaupun pada hari cuti.

5. Jangan
makan malam berlebihan. Kalau anda sudah minum petang, tak perlu lagi makan malam. Makan makanan yang berzat sahaja. Ingat, perut ialah sumber penyakit.

6. Selalu
berjemaah dalam setiap aktiviti. Jangan menyendiri seorang diri dalam bilik yang beku. Jadilah orang yang mobile.Berkawanlah dengan orang yang mobile.

7. Jangan mengalah dengan sekali
kekalahan. Cuba dan cuba lagi. Orang yang gagal ialah orang yang berhenti mencuba.

8. Latih anggota panca indera anda untuk mematuhi
arahan minda anda yang menyuruhnya supaya bekerja kuat. Selamat tinggal lemak-lemak di badan. Mula bina otot-otot yang pejal dari sekarang. JANGAN LAGI ANDA MASIH MENGANTUK WAKTU KULIAH ATAU WAKTU DI PEJABAT.

9. Anda
masih muda walaupun sudah berusia 50 tahun. Bagaimana kalau Allah anugerahkan usia 80 tahun kepada anda. Maknanya anda baru menghabiskan 60% daripada usia anda. Anda ada lagi 40% untuk dilalui. Bukankah itu satu peluang yang banyak? Tambahan lagi jika anda baru berusia awal 20-an!

10. Sekarang anda sudah berusia dewasa. Maknanya minda anda sudah mampu untuk
menggarap apa sahaja ilmu dan kemahiran yang anda mutalaah. Ya dulu anda mungkin lemah waktu di sekolah menengah. Sekarang tidak lagi!

Paradigma hidup anda harus anda tukar hari ini juga. KERJA LEBIH SIKIT.
BURN THE NIGHT'S CANDLE. Kalau tak pecah ruyung manakan dapat sagunya. Belakang parang diasah lagikan tajam.

Allah telah menjumlahkan kekayaan di muka bumi ini dibahagi dengan bilangan orang yang hidup mencari rezeki di atasnya. Mengapa kita mendapat kurang dari hetong panjang habuan kita sebenar? Oh amat lemahlah kita.

Berbekalkan bukti yang ada di depan mata, saya yakin dan percaya,
ANDA JUGA BOLEH JADI CEMERLANG!

1 comment: