Sunday, July 12, 2009

PAK NGAH

Semalam aku datang awal ke pejabat.sebelum tu terlebih dahulu aku bersama2 jamaah yg lain membaca surah al-waqiah,al-mathurat dan solat dhuha di cawangan HPA sg petani.kemudian menuju ke pejabat unit latihan HPA.sampai di sana aku dapati pintu office masih lagi berkunci.aku pun menelefon pen pengurus,abg luthfi.tapi dia plak cuti pada hari ini.setelah puas menunggu, xde jugak yg datang membuka pintu.jadi aku dan teman2 seangkatan pun bercadang ke rumah pak ngah.

Pak ngah ialah bekas pembekal fish ball kpd HPA sebelum HPA bertukar kpd lembaga perikanan kedah.aku mengenali pak ngah ni ketika di china iaitu semasa canton fair.semenjak itu perhubungan aku dgn pak ngah semakin rapat.

Pagi ini aku,arsyad dan safwan (student di china) berjumpa dgn pak ngah di pasar tani FAMA di guar cempedak.beliau setiap pagi berniaga ikan di pasar ini.katanya sudah 45 tahun beliau bergelumang dgn dunia ikan ni.bak kate org dah masak dgn ikan2 ni.umur beliau sekarang sekitar 60 lebih.

Selepas itu kami dibawa ke kilang pemprosesan fish ballnya.terdapat juga fish cake,kuey teaw,dan nugget ikan.semasa ondeway nak ke sana,terlebih dahulu beliau membeli beberapa biji buah durian.kemudian sebelum masuk ke kilangnya kami dijamah dahulu dgn buah2 durian tersebut.terasa seperti di kampong plak bersama2 dgn atuk.kebetulan plak aku dah lame xde atuk.lagi la terasa terharu dgn layanannya.

Habis je makan durian2 tu,kami pun masuk lah ke dalam kilangnya.katenya semua mesin2 di dalam kilangnya itu adalah hasil idea dan buatan tangannya.dan pekerjanya semua adalah anak2nya.kilangnya juga terpilih sebagai anak angkat lembaga perikanan negeri kedah.

Selepas itu kami pun dibawa menuju ke rumahnya.dapat kami berkenalan dgn isterinya yg kami panggil mak ngah je.setelah lame xberjumpa sekembalinya pak ngah pulang dari china dulu,seperti biasa rancaklah sedikit perbualannya.

Kebetulan plak hari ni hari sabtu,so kenduri kahwin bersepah lah.dan semena2 kami diajaknya oleh pak ngah ni utk pergi ke kenduri kahwin anak kawannya.inilah kali pertama aku makan kenduri kahwin yg makanannya sudah siap sedia dihidangkan di atas meja makan.pastu siap ade balai lagi utk org makan kat atas tu.lagi lah terasa seperti berada di kampong.dan lorong2 di kawasan ini sangat sempit.aku nak drive pun teragak2.

Selepas makan kami pulang semula ke rumah pak ngah berehat dan solat zuhur di sana.sementara nak tunggu hujan berhenti,kami dijamu plak dgn keropok lekor.katenya lekor ini juga hasil tangannya.dan rasanya memang sedap.lembut je.di cicah plak dgn sos nenas.lagi lah bertambah urm..

Hujan berhenti je.aku terus naik kete dan drive menuju ke pejabat unit latihan HPA.sampai sane org nak balik da.tapi aku stay je lah kat sane jap.buatlah ape2 yg patut.

Kesimpulannya aku nak bagitau kat sini bahawa hasil dari istiqamah yg selama 45 tahun dgn bermula dari berniaga ikan di pasar tani je pak ngah ni dapat membuka kilangnya sendiri yg berasaskan ikan jugak.mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa.malah pak ngah ni juga mempunyai lbh kurg 10 relung (aku pun xtau besar mane) sawah padi yg disewakan kpd adik iparnya.

Pak ngah juga sudah menunaikan haji dan umrah.malah sudah sampai di china tmpat aku belajar.sape kate peniaga ikan xleh nak terbang ke Negara org?background pak ngah menyebabkan aku respect kat die.

No comments:

Post a Comment