Pada 8hb 7 tempoh hari aku berada di cawangan HPA Sg Petani bersama2 peserta kursus penghayatan.ketika aku sampai mereka sedang membaca surah al waqiah.kemudian diteruskan pula dgn bacaan al mathurat dan tazkirah oleh pak agus.selepas itu kami solat dhuha berjemaah.
Selepas makan pagi,PU HPA tuan haji ismail memberi sedikit taklimat mengenai ‘inilah pegangan kami’.banyak ilmu yg disampaikan oleh tn hj termasuk pengalaman2 hidupnya sebelum ini.sedikit sebanyak kami diberi semangat utk memperjuangkan produk islam dan menggerakkannya pun mengikut pegangan islam.
Selepas makan tgh hari dan solat zuhur berjemaah,secara xlangsung kami student HPA di China diminta utk mengisi slot yg kosong dgn menceritakan sedikit sebanyak pengalaman sepanjang berada di China.tapi teman aku iaitu safwan dan arsyad saje yg sempat berucap.aku terlepas.
Kemudian semua peserta2 diminta utk ke dewan RFC kerana program bersama staf2 HPA.sebelum kami student di China ke sana,kami dipertemukan dulu dgn tn hj utk beliau menerangkan kpd kami misi dan hala tuju kami di sana.kemudian kami bersama2 menuju ke dewan RFC.
Hari ini aku dipertahukan yg HPA akan membuka kedai buku dan kedai kek nya sendiri di kawasan lagenda height ini juga.ke 2 2 kedai ini akan dibuka dlm jangka masa terdekat ni kerana signboard kedainya dah pun dipasang.insyaallah..
No comments:
Post a Comment