Sunday, July 12, 2009

Empayar Tesco



Sebut sahaja Tesco, adalah mustahil pasar raya besar (hypermarket) ini untuk tidak dikenali. Menjadi gedung berbelanja daripada kalangan suri rumah sehingga mereka yang bergelar jutawan. Anda boleh sendiri datang menjenguk ke Tesco, macam-macam ada!

Tesco mempunyai 2300 rangkaian pasar raya di 13 buah negara termasuk Malaysia. Angka ini menunjukkan bahawa Tesco tidak pernah bergurau dalam percaturannya menguasai sektor ini. James Caan, Pengurus Besar Tesco Stores Malaysia telah berjanji bahawa beliau akan membina lebih daripada 20 buah pasar raya besar Tesco dalam jangka masa 5 tahun bermula tahun 2005 telah menjadi kenyataan. Sekarang, Tesco mempunyai lebih daripada 26 buah pasar raya besar di Semenanjung Malaysia. Cukup untuk menunjukkan sekali lagi bahawa Tesco tidak pernah bergurau.

Bagaimana mungkin usahawan muda negara di dalam industri kecil-kecilan mampu bertahan dengan bayangan Tesco ini? Apatah lagi jika industri kita tidak mampu menemukan formula untuk menarik minat masyarakat ramai kembali kepada produk kita. Sejarah membuktikan bahawa perubahan yang mendadak tidak akan mudah diterima ramai. Maka, tidak hairan juga kedai-kedai runcit dalam negara satu masa nanti akan terpaksa gulung tikar. Senaraikan kekurangan di Tesco? Jika anda katakan harga produknya mahal, maka saya akan ketawa anda.


Artikel ini bukan untuk semata-mata menghentam Tesco. Itu bukan yang diajarkan kepada saya. Bahkan, kesungguhan dan semangat Tesco untuk membina empayarnya di seluruh dunia perlu di pelajari. Tidak salah untuk kita sebagai muslim mempelajari kesungguhan dan semangat Tesco. Saya bukan pengemar gagasan boikot tanpa tindakan, bahkan boleh mengundang murka Allah.

Jangan pernah berharap masyarakat khususnya di Malaysia beralih arah kepada produk Muslim jika tiada secubit usaha yang dilakukan. Bila saya katakan muslim produk muslim, jangan berpandangan bahawa ianya khusus untuk orang Islam sahaja. Fahaman ini perlu di ledakkan kerana Islam (pasaran halal dan toyyibah) itu rahmat seluruh alam. Strategi dan praktikal ekonomi tidak dipelajari secara khusus di dalam kitab. Ini perlu diketahui, menuntut untuk kita merancang percaturan dan praktikal dalam sektor ini. Tugas ini bukan mudah! Maka, sampaikan walau sedikit. Jangan malu atau segan untuk menunjukkan jalan keluar kepada orang ramai daripada belenggu ini sama ada sedar atau tidak sedar.

Akhirnya, seperkara yang kita perlu tahu bahawa artikel pendek ini hanya menceritakan empayar Tesco sahaja!

No comments:

Post a Comment