Pagi tadi aku sempat ke masjid utk menunaikan solat subuh berjemaah.Sesudah solat subuh diadakan pula kuliah subuh.Tapi aku sempat dengar sekejap je la sebab 'kawan' aku dlm perut ni nak keluar.Walaupun begitu ade 1 perkara yg suka aku katakan di sini.
''Xpe kalau x sembahyang,janji puasa''.Itulah serangkap ayat yg sedap aku dengar semasa ceramah td.Dan aku rasa kata2 ustaz tu adalah realiti di zaman ini bagi budak2 dan remaja yg sebaya dgn aku ni.Aku juga xmenafikan ramai jugak member2 aku yg berperangai sebegitu.
Puasa di bulan ramadhan adalah rukun islam yg 3.Manakala sembahyang 5 waktu pula merupakan rukun islam yg ke 2.Pelik juga ye,kenape kawan2 kita yg berperangai mcm ni lebih mementingkan rukun yg ke 3 berbanding rukun yg ke 2.
Agaknya yg mane baik antara 2 ni ye, 'xsolat janji puasa' atau 'xpuasa janji solat'.Ataupun yg 2 ni, 'puasa dan solat' atau 'xsolat dan xpuasa langsung'.
Sunday, August 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment