alhamdulillah hampir sebulan aku duduk di bawah unit latihan HPA.dan bermacam2 situasi dan kerenah aku alami.begitu juga dgn pengalaman yg sedikit sebanyak dapat mendewasakan aku dlm dunia HPA ini.lagi bertuah rasanya apabila sesekali dapat duduk berbicara dgn pihak atasan HPA.pelbagai program samaada utk staff mahupun pengedar juga dapat ikuti di sini.begitu enak sekali apabila berada di sg petani ini kerana dikelilingi bangunan2 yg berlogo HPA.
sepanjang duduk disini juga aku berkesempatan utk membuat bekam di bahagian kepala oleh herbalis 16,ustaz uwais.aku juga berkesempatan utk bersama2 dgn kumpulan nasyid yg baru ditubuhkan HPA,taQwa, ke konvek di dewan MAEPS,serdang.begitu juga dgn merawat pesakit dimana aku berkesempatan utk mengiringinya (guard).pesakit yg asalnya stress tetapi lama kelamaan menuju kepada ketidakwarasan.
duduk sekali bersama2 pensyarah2 HPA dari indonesia juga membolehkan aku sedikit sebanyak menilik penyakit melalui tapak tangan dan anak mata.malah kerohanian aku semakin berisi.dari segi mentaliti pula aku telah mempelajari sesuatu dimana aku hendaklah sentiasa dalam keadaan ready.'orang HPA ini hendaklah fitness'.itulah yg dikatakan oleh tuan haji sendiri ketika kami student2 china ini membuat perjumpaan dgn beliau suatu ketika dulu.
jikalau di sg petani ini bangunan2 HPA begitu pesat,pasti kita terharu dan merasa bangga.tetapi kata tuan haji,bandar sg petani ini akan menjadi model dan contoh HPA di masa hadapan dimana di sinilah (sg petani) HPA bermula.marilah kita bayangkan HPA di masa hadapan itu.dan bayangan itu hendaklah kita iringi dgn usaha dan kerjasama.
ITHPA,HPA MALL,RFC,HOTEL HPA,ROC,RCH dan banyak lagi akan dimajukan oleh kita bersama.mungkin anda kurang nak percaya apabila HPA mewujudkan ITHPA dan HPA MALL.tetapi itulah hakikatnya.saya sendiri mungkin akan menjadi tenaga pengajar sementara di ITHPA.ITHPA itu maknanya Institut Teknologi HPA.malah silibusnya juga pernah saya selak dan kami student di china ini juga dikehendaki membuat silibus utk progran bahasa mandarin kpd pekerja2 HPA terutamanya RFC.saya juga berkesempatan utk melawat ke tapak yg HPA akan dirikan MALLnya.
subhanallah.apa yg penting,KERJASAMA....
Sunday, August 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah! Tolong betulkan ayat menilik penyakit kepada mendiagnos penyakit atau mengesan penyakit melalui tapak tangan. Menilik ertinya meramal. Kita bukan meramal tetapi mengesan tanda-tanda awal penyakit seseorang melalui saraf tapak tangan.
ReplyDeleteWAH.. bangge tol ku dgn ko skang ni..
ReplyDeletesemuga yg terbaek sentiasa bersama kamu...
amin.