Petang semalam aku mendapat mesej daripada seorang kawan lama.kami pun plan la nak berjumpa malam tu di sunway pyramid sembang2 setelah sekian lama xberjumpa.pada masa yg sama aku berniat utk tarik die masuk HPA.dapatlah jugak aku mengembangkan rangkaian aku apatah lagi die seorang yg berpengaruh di tempat kerjanya sebagai seorang officer.
Sampai saje di sane aku call die terlebih dahulu.semasa dalam panggilan dgn die,aku mula terasa sangsi sebab bunyi environment die seperti dalam dewan.aku mula tertanya,kenapa die ajak aku berjumpa di sini sedangkan die tinggal di kajang dan bekerja di equine park.adakah die sedang menghadiri seminar ataupun die sedang berkursus?
Bile jumpa je dgn die,die terus bawa aku ke kedai makan di kawasan berdekatan.die dtg bersama teman hidupnya.aku pun tanpa melengahkan masa terus bertanya ape die buat kat sini?katanya ade seminar utk jadi kaya.dan die sedang membuat perancangan utk berhenti kerja dan membuat bisnes yg die sedang buat tu.aku pun tanya lagi bisnes apa?MLM ke?die jawab lebih kurang gitulah.
Aku semakin tertarik nak tau.dan semakin banyaklah soalan yg aku tanya.temannya itu pun tengok aku seperti aku berminat.lalu die pun membuatlah panggilan kpd uplinenya.lalu aku pun dibawa ke centre berhampiran.disana berderet sport car yg membolehkan org tertarik kepadanya.masuk saje ke dalam dewan centre tu aku pun dipersilakan duduk sambil aku diperkenalkan dgn para leader yg ade.
Majlis malam itu dimulakan dgn celebrate birthday seorang leader.bangsa cina.90% leader di dlm dewan tu adalah bangsa cina.income dorang 5 6 angka.dan 95% pesertanya pula adalah melayu.kebanyakannya org muda.seperti biasa kalau celebrate birthday ni mesti ade nyanyian.nyanyian malam tu dalam 4 versi bahasa.suara2 org menjerit dan melolong seperti melihat konsert.yg remaja2 perempuan depan barisan aku ni dgn xde perasaan malunya menari2.aku seperti tersepit diantara dosa dan pahala.tetapi niat aku utk mengetahui aktiviti dorang ni membuatkan aku terus stay je kat dalam dewan tu.
Kemudian dijemput pula beberapa org utk berkongsi pengalaman.antara yg menariknya ialah seorang pembantu makmal dari penang yg telah membuat loan sebanyak 40k utk membuat bisnes ni.malah diajak pula ibu bapanya sekali buat bisnes ni.ibu bapanya pun terjebaklah sekali dgn loan.kata die lagi dlm masa 2minggu saje die da dapat untung 9k.malah malam tu saje die dapat cash 1k.
Aku pun bertanya la kpd teman aku sorang ni.berapa modal nak join bisnes ni.die xjawab.tapi die beritahu aku kalau dapat tarik sorang org baru,bole dapat sampai 6k.aku terpinga sekejap.banyak tu.katanya lagi,bisnes ni lebih tumpukan kepada networking.xpayah jual produk.aku pun ia kan je la.
Secara xsedar jam da menunjukkan hamper pukul 1.aku pun teruslah minta izin undur diri.tapi ditahan pula oleh uplinenya yg berbangsa cina.die nak explain dulu kat aku.mase tu jugak aku terus menunjukkan muka xberminat.aku minta laman web utk aku tgk2 dulu.katanya aku xkan paham.ye.memang aku xkan paham kalau tgk saje tanpa di explain.tapi aku jawab kpdnya kalau aku xpaham aku tanyalah kpd kawan aku ni.die pun terpaksa lah melepaskan aku.aku pun blah je la.
Kesimpulan dari situasi semalam,aku akui memang ramai cina2 muda yg pakai sport car.sebab dorang Nampak peluang yg cerah dlm bidang MLM ni.income dorang pun besar2 belaka sampai ade yg dapat 6 angka.tapi tu la,yg bawah2 dorang semua ni melayu2.aktiviti dorang plak lebih kpd social negative.kalau melayu2 kita yg duduk bawah dorang ni di doktrin utk join social life dorang alamatnya semakin rosaklah agama bangsa kita ni.
Event semalam yg kecil tu pun aku tengok da banyak maksiat dan dosa yg bergelumang.event2 besar apatah lagi.memang dorang ade kata hasil yg lumayan ni adalah berkat kesungguhan tapi berkat ape kalau diiringi sekali dgn dosa2.
Balik saja dari event semalam aku terus antar sms kpd kawan aku ni yg aku xberminat langsung dgn bisnes tu.sebabnya akan menjauhkan lagi diri aku dgn agama dan aku akan support lagi cina2 diatas ni yg da kaya menambahkan lagi kekayaan dorang.dan kalau die berminat bolehlah balas kunjungan aku ke tempat die dgn menghadiri event HPA plak.dan boleh jugak buat perbandingan antara yg syariah dgn yg konvesional.
salam abu, ang tau ka apa MLM yang ang sebutkan tuh??? boleh bgtau laman web diaorang.aku nak selidik.
ReplyDelete