Friday, October 23, 2009

Menarik tentang Jantung


  • Jantung anda adalah otot ciptaan tuhan yg paling kuat bekerja dalam badan.
  • Saiznya sebesar penumbuk sahaja.
  • Tidak seperti otot, mata, mulut dan lain2 anggota, jantung bekerja siang dan malam tanpa henti. Jantung tidak mengenal erti jemu dan penat.
  • Ia mula berdenyut ketika fetus berusia 8 minggu dalam kandungan ibu.
  • Secara purata, jantung berdenyut sebanyak 2.5 bilion kali dan mengepam hampir 50 juta gelen darah apabila kita mencapai usia 70 tahun.
  • Jantung berdenyut 100 kali seminit atau kira2 100000 kali sehari. Jantung uga mengepam lebih kurang 1900 gelen darah ke seluruh tubuh badan dalam jangka masa 24 jam.
  • Jantung umpama karburator kereta, di mana tanpa karburator, kereta tidak akan mampu utk bergerak.
  • Denyutan jantung juga adalah di luar kawalan kita. Ia bergerak tanpa diminta dan berhenti tanpa disuruh.
  • Tisu khas pada jantung yg dikenali sebagai 'pacemaker' adalah penggerak utama denyutan jantung.
  • Jantung mengalirkan darah ke seluruh badan dan juga kepada jantung itu sendiri.
  • Jantung mendapatkan bahan tenaga pukal berbentuk oksigen dan gula dari salur darah koronari pada permukaan jantung.
  • Terdapat 3 salur darah koronari utama pada jantung kita yg mempunyai kebarangkalian tersumbat.

No comments:

Post a Comment