Thursday, October 1, 2009

Larangan memakai gelang bagi LELAKI walaupun bagi tujuan perubatan.






Memakai gelang tangan sekarang menjadi 'trend' dan budaya baru.Di Malaysia, ia bermula pada zaman dahulu kala di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah kepada kaum keluarga terdekat dan sahabat2 oleh orang yg baru balik dari Mekah.

Sekarang, ia dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah Haji apabila berada di tanah suci kerana faktor mudah dikenali kalau2 berlaku apa2 kemalangan di sana atau sebarang kes kehilangan, maka mudahlah utk dikenali.'Ohh.. ini jemaah haji Malaysia, sebab ada gelang.'

Yang hairannya ada segelintir Jemaah Haji yg lelaki ni, bila balik ke Malaysia, tidak mahu mencabut gelang itu. Dipakainya ke mana2 termasuk ke surau atau ke masjid.

Larangan memakai gelang tangan walaupun utk tujuan perubatan telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya drpd 'Imran Bin Hussain RA bahawa Rasulullah SAW telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini?(iaitu yg dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya),beliau berkata : Ia adalah gelang perubatan, tegas baginda Rasulullah : Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa2 (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan selamat selamanya. Hadis Sohih yg ke 19885 riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya.

Jenis2 gelang yg diharamkan bagi lelaki :
1) Gelang kayu kokka
2) Gelang kristal
3) Gelang tasbih
4) Gelang getah plastik
5) Gelang besi magnetik
6) Gelang besi Tabung Haji ( bila telah kembali ke Malaysia )
7) Gelang batu
dan gelang2 lain yg bila dilihat org, org ramai mengatakan bahawa ianya gelang, hatta budak kecil pun kata gelang.

Jenis2 gelang yg diharuskan :
1) Gelang pesakit semasa di hospital.Ia ditanda nama pesakit dan wad.
2) Gelang penjenayah/pesalah.( Gari )
3) Gelang kaki bagi pesakit gila.

3 comments:

  1. terima kasih atas info yang berguna ni..saya pun tak tahu bende ni. tapi memang byk nampak lelaki pakai gelang yang magnetik tu.

    ReplyDelete
  2. huhu.. ku pakai gelang kulit 2.. xpeke..??
    thanks 4 da info...

    ReplyDelete
  3. angah..gelang jugak tu kan..
    aku dulu pun pakai gak gelang.
    tapi skang dgn jam jam skali aku dah xsarungkan da..
    huhu..

    ReplyDelete