Tuesday, September 1, 2009

Teh Manjakani VS Kopi Radix


Cuba anda perhatikan pada gambar diatas.2 orang model dalam gambar ni adalah adik aku.Yg menariknya adik aku yg lelaki ini menggemari minuman teh manjakani manakala adik aku yg perempuan ni pula suka menghabiskan Kopi Radix di rumah.Terbalikkan.Tapi itulah yg menariknya produk HPA ni.Teh Manjakani yg diadunkan bersama herba Kacip Fatimah ni boleh diminum oleh org lelaki.Manakala Kopi Radix yg mengandungi herba Tongkat Ali pula boleh diminum oleh org perempuan.Bukan itu saja malah ibu mengandung,bayi,dan pesakit kencing manis juga boleh meminum kopi radix ini tanpa perlu rasa ragu2.

Teh Manjakani

Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakannya di import daripada India. Ia mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik. Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.

Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.

Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi, senguh, sakit atau kelebihan asid urid. Kesan jangka panjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh. Ini dapat dilihat setelah 1bulan mengamalkanya. InsyaAllah.


Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu.Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.


Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

12 comments:

  1. salam.information yg terang n menarik..thanks.

    ReplyDelete
  2. salam.. adik akak ada beli kopi radix, nanti akak nak cuba gak, itu hari minum radix cola

    ReplyDelete
  3. salam semua..kalau dah minum lepas ni kena la promote pulak kpd yg belum mencuba lagi.mula2 mai secawan.lepas tu mai berkaton2.income pun berkepuk2 la..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. la... kamu rupanya. terima kasih sudi menjemput kak am ke sini. banyak info ye? kalau nak join macam mana? kak am kosong ilmu & kosong modal. hehehe..... orang serba kosong blh join bisnes ni?

    ReplyDelete
  5. join program perkongsian bijak cemerlang utk mendalamai ilmu dan motivasi mengenai HPA.insyaallah balik dari kursus dapat kesederan.

    ReplyDelete
  6. o. nak kena ada kesedaran HPA ye? kalau tambah 1 kosong lagi? kosong masa lapang utk ke kursus, cam mana? susah gak yek?

    ReplyDelete
  7. nak tanya sikit
    bleh ker senaraikan kedai Radix Fried Chicken (RFC)yg terdapat di lembah klang (selangor) dan pahang??
    dah puas cari xjumpa pown

    ReplyDelete
  8. setakat ni HPA baru ade 3 buah cawangan iaitu 2 di sg petani dan 1 di alor setar.coming soon di kluang dan mydin melaka.insyaallah sasaran HPA 20 cawangan di seluruh malaysia penutup 2009 ni.gempur....

    ReplyDelete
  9. abu,
    Salam ziarah.. wah byk produk kat sini ye..

    ReplyDelete
  10. makna nye pompuan pon boleh minum kopi radix?

    ReplyDelete