Sunday, March 15, 2009

DUIT OH DUIT

salam kpd semua...
ingin sy ajukan 1 soalan apakah tujuan kita hidup di dunia ini..
jika hidup kita kerana duit semata,apakah pasti di akhirat sana kita dapat hidup dgn senang?
persoalan ini telah timbul setelah hampir sebulan sy di bumi china ini..
di mana masyarakat di sini rata-ratanya bertuhankan duit.termasuk umat islam di sini juga.ketika sy pergi sembahyang jumaat di salah sebuah masjid tertua di guangzhou ini,terdapat ramai pengemis di sepanjang deretan masjid tersebut terutama sekali di bahagian pintu utama masjid.pengemis yg beragama islam memakai kopiah putih serta berpakaian lusuh tanpa segan silu meminta malah memaksa memberikan mereka sedikit wang sambil melaungkan kalimah2 suci.walaupun ketika solat jumaat sedang berlangsung tetapi mereka masih lagi di tempat yg sama.tidak berganjak sedikit pun.jika mereka mengatakan mereka adalah muslim mengapa tidak mereka solat bersama.apakah yg mereka faham tentang islam?nampak di sini bahawa islam mereka masih lg ketinggalan.mereka lebih mengutamakan duit utk kehidupan di dunia.begitu juga dgn peniaga2 makanan islam di sini.kedai makannya nampak kotor malah pekerjanya juga sangat selekeh.apakah islam tidak mengajar mereka menjaga kebersihan?apabila sy sampai di bumi china ini dan melihat keadaan umat islam di sini,sy merasakan komitmen sy semakin berat.bukan sj kepada diri sy sendiri,tetapi sy turut berkomitmen kepada syarikat HPA,negara Malaysia dan agama Islam terutamanya....ya Allah,berikanlah kekuatan utk hambamu terus berjuang di atas jalanmu....

No comments:

Post a Comment