Pada suatu hari,Nabi Muhammad s.a.w menudingkan jarinya ke arah Timur lantas bersabda : " Bahawa fitnah akan menimpa orang-orang Islam dari arah ini." Arah timur yang dimaksudkan baginda itu adalah negara Iraq.Apakah segala amaran Rasulullah itu menjadi kenyataan?
Ya. Pelbagai peristiwa besar berlaku tidak lama selepas baginda mengucapkan kata-katanya itu. Satu persatu fitnah, peperangan dan pembunuhan terjadi di Iraq.
Apakah peristiwa itu berlaku secara kebetulan? TIDAK. Setiap peristiwa yang terjadi, sejak dulu sampai sekarang membuktikan apa yang telah diucapkan baginda itu bukan sekadar ramalan tetapi kebenaran yang pasti terjadi tanpa dapat dipertikaikan oleh sesiapa.
Antara peristiwa besar yang menimpa Iraq selepas Nabi Muhammad bersabda ialah :
-Pembunuhan Khalifah Umar oleh orang-orang Ajam.
-Peperangan Jamal dan peperangan Siffin antara Sayidina Ali dan Muawiyah.
-Perang Karbala.
-Fitnah oleh Mukhtar.
-Kezaliman Hajjaj bin Yusof.
-Penjajahan orang-orang Monogol dan Turki.
Sekarang, seluruh dunia menyaksikan bahawa bumi Iraq masih belum aman akibat fitnah seperti yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. 1400 tahun yang lalu. Peperangan, pembunuhan, penculikan dan sebagainya masih berlaku di negara tersebut akibat pencerobohan tentera musyrikin di bawah pakatan Amerika Syarikat.
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment