Thursday, April 30, 2009

happy birthday to me



april ini terdapat 4 org student malaysia di sini menyambut hari kelahirannya.termasuklah aku sekali.pada 19.4 tempoh hari kami diberi peluang utk menymbutnya bersama.satu majlis kecilan dibuat utk meraikannya dan seperti biasa lokasinya di rumah cik din iaitu imigration attache malaysia di guangzhou ini.

pada 27.4 pula sekali lg aku menyambutnya bersama teman2 sekelas aku.ketika ake sedang leka berbual dgn cikgu aku,tiba2 mereka menyanyikan lagu birthday dr belakang.suprised.di dlm clas aku terdapat lebih kurang 20 student dr 12 negara lain2.tetapi kami semua agak bersefahaman di sini.

semalam pula aku dapat mesej dari emak aku yg mengatakan 'bila tiba hari jadi kita,semakin hampirlah kita dgn akhirat.siapkanlah persediaanmu utk ke sana kelak.'.malam itu aku xnyenyak tidur memikirkan ayat mesej tersebut.rasanya sudah banyak dosa yg aku lakukan.perasan takut tiba2 menyelubungi aku.dan baru aku sedari patutlah sejak kebelakangan ni aku seperti tidak bermaya.xde mood.sudah tiba masanya utk aku betul2 berhijrah.sudah tiba msanya utk aku betul2 mengumpul bekalan di akhirat kelak.insyaallah..


Sunday, April 26, 2009



ingin saya ceritakan serba sedikit mengenai seorang remaja islam yg pendidikannya agak ketinggalan.Remaja ini namanya Mariam.Anak kepada seorang peniaga makanan.umurnya tahun ini 16 tahun.tapi sayang,dia xsekolah.dia hanya mampu menolong ibu bapanya di restoran.suatu hari ketika makan,terdengar dia sedang membaca al-fatihah yg diajar oleh pelanggan berbangsa arab.saya menjadi tertarik dan selepas pak arab itu pergi,saya dan beberapa orang kawan pula mengambil alih mengajarnya mengaji.remaja perempuan ini nampak bersungguh mahu mendalami ilmu agama tapi sayang tiada rezeki buatnya.teringat saya pada satu ayat ini bahawa 'kita adalah apa yg kita fikirkan.semuanya bermula drpd fikiran.drpd fikiran terjadilah perkataan.drpd perkataan terjadilah perbuatan.drpd perbuatan maka terjadilah kebiasaan.selepas itu terbentuklah karakter.maka drpd karakter itulah akan menentukan masa depan.'.ini bermakna anak gadis ini boleh berubah andai mindsetnya diselenggarakan dgn baik.

insyaallah selepas agak mahir dalam berbahasa mandarin ini ingin saya mencurahkan sedikit sebanyak ilmu yg ada utk umat islam disini khususnya dan public amnya.ini adalah misi utama kita sebagai umat islam.semoga Allah memberkati niat ikhlas hambanya ini..

Saturday, April 18, 2009

bersama Prof Dr Awang Sariyan


Pada 14.4 yg lepas,Prof Dr Awang Sariyan iaitu penyandang kerusi Bahasa Melayu di Beijing Languange and Culture University telah datang ke Guangzhou atas program dgn pihak Guangdong University.Beliau sempat ke rumah kami (rumah HPA) utk menurunkan sedikit ilmu kpd student2 melayu di sini.Hampir kesemua student Melayu di sini menghadirkan diri malah 2 org pegawai HPA juga turut terbabit.Semoga program yg xseberapa ini dpt mengeratkan lg hubungan kami dan terima kasih kpd Prof atas kesudian mencurahkan ilmu yg ada kpd kami semua.

Mee Segar China




cara2 membuat lamien.
Mee kuning yang terdapat di Malaysia telah kita ketahui mengandungi bahan kimia atau bahan yg meragukan kebanyakannya.Tetapi di bumi China ini mee mereka segar dan tidak ragu2 dimakan kerana apabila kita pergi di restorannya dan order mee,masa itu juga mereka menghasilkan mee daripada tepung.Dan hidangan mee di China dikenali dgn nama Lamien.kebanyakannya yang pakar membuatnya adalah daripada orang islam dari daerah islam di xinjiang,qinghai,xian dan lain-lain lagi.Biasanya harga sepinggan lamien ini adalah sekitar RMB 12 iaitu bersamaan RM 6.5.

Canton Fair






















Pada 15.4.2009 tempoh hari,bermulanya satu acara yang dikenali dgn nama Canton Fair.Canton Fair ialah satu trade fair yg ke2 terbesar selepas German.Canton Fair atau nama formalnya China Import and Export Fair ini terbahagi kpd 3 fasa dimana setiap fasa mengambil masa selama 5hari.dianggarkan lebih 2juta para usahawan atau wakil company hadir utk mencari segala macam mesin dan gajet2 baru.Tidak ketinggalan juga bagi syarikat HPA INDUSTRIES SDN BHD utk menyertainya apabila 4 org staff turut terbabit secara langsung mahupun secara xlangsung termasuk ast. general manager En Abd Samad Ayob dan Pengurus Unit Multimedia,En Hafiz Ismail.