Thursday, September 17, 2009

Pembaziran dan kegelojohan pada bulan Ramadhan

Setelah sehari menahan lapar dan dahaga,akhirnya terubat juga dgn juadah berbuka ketika masuknya waktu Maghrib.Tapi tiada apa yg dapat menghalang kebanyakan umat islam drpd tunduk kpd nafsu makan mereka ketika berbuka ini.Disebabkan terlalu banyak makanan diletakkan ke dalam pinggan,maka ramai yg tidak mampu menghabiskannya.Akhirnya makanan itu terbuang begitu sahaja.

Adakah umat islam tidak menyedari bahawa makanan adalah kurniaan Allah SWT yg amat besar utk kita dan kita akan disoal di akhirat nanti mengenai pembaziran yg kita lakukan.Allah SWT berfirman dalam Al Quran yg bermaksud

"Serta Kami katakan:Makanlah daripada benda-benda yg baik yg Kami kurniakan kepada kamu,dan janganlah kamu melampau batas padanya,kerana dengan yg demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu;dan siapa yg ditimpa kemurkaanKu maka sesungguhnya binasalah ia."(Surah Thahaa,ayat 81)

"Makan dan minumlah,dan janganlah berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai org-org yg berlebih-lebihan."
(Surah Al A'raaf,ayat 31)

"Dan janganlah kamu membazir,sesungguhnya orang yg membazir itu saudara syaitan."(Surah Al Israa',ayat 26 dan 27)


Rasulullah saw juga bersabda yg berbunyi:

"tidak ada seorang pun yg dianggap beriman sehingga dia berdoa utk saudara Islamnya apa yg diingini utk dirinya sendiri"(diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

"Janganlah kamu mematikan hati (kalbu) kamu dengan melebihkan makan dan minum.Sesungguhnya hati itu tidak ubah seperti pohon.Jika air melebihi pohon,makan pohon itu akan mati."

"Tiada satu tempat yg dipenuhkan oleh anak Adam yg lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya.Memadailah utk anak Adam itu beberapa suap makanan utk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan utk berdiri beribadah).Jiika itu tidak dapat dipertahankannya,maka hendaklah bahagikan perut kepada 3 bahagian;satu utk makanan,satu utk minuman dan satu lagi kosongkanutk bernafas."

"Lawanlah nafsu makanmu dengan menahan lapar dan dahaga kerana ganjaran pahalanya sama seperti berjihad di jalan Allah.Tidak ada pengabdian yg lebih besar kepada Allah daripada menahan lapar dan dahaga."


Ibn al-'Abbas telah mendengar Rasulullah saw bersabda."Tidak ada sesiapa yg terlalu kekenyangan akan masuk syurga."Ketika Baginda disoal,"Siapakah di antara manusia yg lebih mulia?" lalu Baginda menjawab, "Manusia yg kurang makan dan kurang ketawa dan bersyukur dgn keadaanya itu yg menutupi kekurangan yg ada pada dirinya."

"Allah melaknat org yg membaca (yakni Al Quran di khalayak ramai yg menjadi gemuk kerana terlalu banyak makan."Dengan memetik kata-kata Saiditina Aishah ra,diriwayatkan oleh al Hasan:"Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Berkekalanlah mengetuk pintu syurga,ia akan terbuka untukmu."Aku bertanya,"Bagaimanakah kita hendak terus mengetuk pintu syurga?" dan Baginda menjawab, "Dengan menahan lapar dan dahaga (berpuasa)."

Oleh itu,sebelum mengambil makanan kita perlu bertanya diri kita sendiri."Adakah saya suka makanan ini?","Bolehkah saya habiskan makanan ini?".Jika suka,bolehlah tambah lagi makanan ini.Tetapi janganlah sampai penat kekenyangan pula.Memadailah.Ketika ramai di antara kita yg berpeluang menikmati makanan terbaik sehingga sampai ke tahap pembaziran, kita lupa bahawa ada saudara yg seagama dgn kita menderita kelaparan.

Monday, September 14, 2009

Suka Bihun??

Bihun Cap Masjid

Bihun Cap Ketupat
Bihun Ekonomi Cap Kris
Bihun Cap Phoenix

Bihun Cik Yati

Bihun Ekonomi Cap Nyonya
Bihun Cap Cabai Burung
Laksa Cap Cili,Laksa Cap Langsat,Laksa Cap Cabai Burung
Zakaria dan Anak-anak sdn bhd


Kali ni saje je nak post kan gambar2 bihun dan laksa yg ada dipasaran Malaysia ni.Yela,nak raya dah kan.Biasanya pada hari raya juadah bihun ni selalu dijamukan kepada tetamu.

Cuba perhatikan pada hampir kesemua jenama 'cap' bihun ni.Cap Masjid,cap ketupat,cap kris,cap cik yati dan yg paling kesihan sekali pada zakaria dan anak2nya.Hampir kesemuanya ada kaitan dgn Melayu.Kalau di Malaysia ni,org Melayu itu juga mestilah beragama Islam.Termaktub dalam perlembagaan tu.Tapi nama2 tu dipergunakan saja utk menarik perhatian org melayu yg tahu mengguna saja.Bak kata org PPIM "tgk dulu sape tokey".

Malas nak citer lebih2,nanti ade plak yg nak mempertahankan tauke2 bihun ni.Sendiri kaji la eh.

Saturday, September 12, 2009

Yeo Hiap Seng


Bismillahirahmannirahim..

Awas semua muslimin dan muslimah!

GREEN BEAN SOY DRINK. Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia . Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........
Cuba lihat kat pic ini. Cuba lihat dekat-dekat....... Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig.



MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS??? Belek punya belek..... hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

sumber:www.rubbertapperz.blogspot.com


Thursday, September 10, 2009

Semarak Perjuangan




Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana ?..? Allahu Akbar

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kemakrufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

Tuesday, September 8, 2009

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI





SESUNGGUHNYA TIDAK ADA YANG LEBIH MENYAYATKAN
DARI MELIHAT BANGSAKU DIJAJAH.


TIDAK ADA YANG LEBIH MENYEDIHKAN
DARI MEMBIARKAN BANGSAKU DIHINA.


AIR MATA TIADA ERTINYA
SEJARAH SILAM TIADA MAKNANYA
SEKIRANYA BANGSA TERCINTA TERPINGGIR
DIPERSENDA DAN DILUPAKAN.


BUKAN KECIL LANGKAH WIRA BANGSA
PARA PEJUANG KEMERDEKAAN
BAGI MENEGAKKAN KEMULIAAN
DAN DARJAT BANGSA
SELANGKAH BEERTI MARA
MENGHARUNG SEJUTA DUGAAN.


BIARKAN BERTATIH
ASALKAN LANGKAH ITU YAKIN DAN CERMAT
BAGI MEMASTIKAN NEGARA
MERDEKA DAN BANGSA TERPELIHARA
AIR MATA SENGSARA
MENGIRINGI SETIAP LANGKAH BAPA-BAPA KITA.


TUGAS KITA BUKAN KECIL
KERANA MENGISI KEMERDEKAAN
RUPANYA LEBIH SUKAR DARI BERMANDI
KERINGAT DAN DARAH MENUNTUTNYA.


LAGI PULA APALAH ERTINYA KEMERDEKAAN
KALAU BANGSAKU ASYIK MENGIA DAN MENIDAKKAN,
MENGANGGUK DAN MEMBENARKAN,
KERANA SEKALIPUN BANGGANYA NEGARA
KERANA MAKMUR DAN MEWAHNYA,
BANGSAKU MASIH MELATA
DAN MEMINTA-MINTA DI NEGARANYA SENDIRI.


BUKAN KECIL TUGAS KITA
MENERUSKAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN KITA
KERANA RUPANYA SELAIN MEMERDEKAKAN,
MENGISI KEMERDEKAAN ITU JAUH LEBIH SENGSARA.


BANGSAKU BUKAN KECIL HATI DAN JIWANYA
BUKANKAH SEJAK ZAMAN BERZAMAN
MEREKA MENJADI PELAUT, PENGEMBARA
MALAH PENAKLUK TERKEMUKA?


BUKANKAH MEREKA SUDAH MENGEMBANGKAN
SAYAP, MENJADI PEDAGANG DAN PENIAGA
SELAIN MENJADI ULAMA DAN ILMUAN TERBILANG?


BUKANKAH BANGSAKU PERNAH MENGHARUNG
SAMUDERA MENJAJAH DUNIA YANG TAK DIKENAL?


BUKANKAH MEREKA PERNAH MENJADI
WIRA SERANTAU YANG TIDAK MENGENAL ERTI TAKUT
DAN KEMATIAN?


DI MANAKAH SILAPNYA HINGGA BANGSAKU
BERASA BEGITU KECIL DAN RENDAH DIRI?


APAKAH ANGKARA PENJAJAH?

LALU BANGSAKU MULAI MELUPAKAN KEGEMILANGAN
SILAM DAN SEJARAH GEMILANG MEMBINA EMPAYAR…


TUGAS KITA BELUM SELESAI RUPANYA
BAGI MEMARTABAT DAN MEMULIAKAN BANGSA
KERANA HANYA BANGSA YANG BERJAYA
AKAN SENTIASA DIHORMATI.


RUPANYA MASIH JAUH DAN BERLIKU JALAN KITA
BUKAN SEKADAR MEMERDEKA DAN MENGISINYA
TETAPI MENGANGKAT DARJAT DAN KEMULIAAN
BUAT SELAMA-LAMANYA.


HARI INI, JALAN INI PASTI SEMAKIN BERLIKU
KERANA MASA DEPAN BELUM TENTU
MENJANJIKAN SYURGA
BAGI MEREKA YANG LEMAH DAN MUDAH KECEWA.


PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI
KERANA HANYA YANG CEKAL DAN TABAH
DAPAT MEMBINA MERCU TANDA
BANGSANYA YANG BERJAYA.


DR. MAHATHIR MOHAMAD
MEI 1996

Tuesday, September 1, 2009

Teh Manjakani VS Kopi Radix


Cuba anda perhatikan pada gambar diatas.2 orang model dalam gambar ni adalah adik aku.Yg menariknya adik aku yg lelaki ini menggemari minuman teh manjakani manakala adik aku yg perempuan ni pula suka menghabiskan Kopi Radix di rumah.Terbalikkan.Tapi itulah yg menariknya produk HPA ni.Teh Manjakani yg diadunkan bersama herba Kacip Fatimah ni boleh diminum oleh org lelaki.Manakala Kopi Radix yg mengandungi herba Tongkat Ali pula boleh diminum oleh org perempuan.Bukan itu saja malah ibu mengandung,bayi,dan pesakit kencing manis juga boleh meminum kopi radix ini tanpa perlu rasa ragu2.

Teh Manjakani

Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakannya di import daripada India. Ia mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik. Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.

Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.

Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi, senguh, sakit atau kelebihan asid urid. Kesan jangka panjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh. Ini dapat dilihat setelah 1bulan mengamalkanya. InsyaAllah.


Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu.Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.


Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).