Saturday, July 25, 2009

sedikit sebanyak gambar semasa konvek HPA 09


Tn Haji Ismail merasmikan majlis

penyerahan panji dgn berkibarnya bendera malaysia dan HPA

lori radix yg penuh beberapa sebelum konvek



latihan kumpulan nasyid taQwa

ruangan haidah cabutan bertuah bagi penonton

keadaan sesak semasa pendaftaran

beg kertas konvek

suasana dewan sebelum bermula majlis

alunan bacaan al quran oleh ustaz uwais al qorni

kumpulan nasyid taQwa yg baru ditubuhkan oleh HPA

suasana dalam dewan ketika berlangsungnya majlis

suasana ketika penerimaan anugerah
umi,adik dan ayahku bergambar bersama sebagai kenangan

sebahagian daripada pemimpin yg menerima anugerah

distributor of the year (DOTY) merakam kenangan bersama 2 beradik yg berjaya meraih anugerah

PJS2 bergambar bersama

para PJS berkenangan bersama

sebahagian drpd penerima anugerah

slot motivasi

10 Sebab Mengapa Anda Tidak Cemerlang

1. Anda belum berbuat pada tahap
optimum.

2. Anda tidak
fokus. Aktiviti anda merentasi pelbagai skop dan bidang tapi tidak ada satu pun yang cemerlang.

3. Anda tak mahu
minta bantuan orang lain. Anda terlalu malu untuk itu. Anda hanya bergantung kepada kudrat anda sendiri.

4. Anda kalah dengan
nafsu anda sendiri. Ingatlah bahwa nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan dan nilai negatif.

5. Anda tidak mengilap bakat anda dalam
berkomunikasi. Akibatnya anda lemah dalam berkomunikasi. Sedangkan dunia sekarang ialah dunia komunikasi.

6. Anda tidak rajin
bermonolog dengan minda anda sendiri. Anda tidak berusaha untuk bermuhasabah diri sebelum tidur malam.

7. Anda terlalu merendah diri. Anda merasakan orang lain besar-besar dan kaya-kaya belaka. Anda sering merasakan diri anda
"born loser" - dilahirkan untuk kalah.

8. Anda kurang
pergantungan dengan Allah SWT. Anda terlalu bergantung dengan usaha anda sendiri. Anda terlau bergantung kepada duit dalam poket anda.

9. Anda tidak
mengasak otak anda ke tahap optimum untuk menghasilkan idea dan strategi baru.

10. Anda banyak
rehat, bermalas-malas, merengankan fikiran dan tidur.

Bagaimana Bangkit Dari Kelembapan?

1. Lihat orang yang telah berjaya. Bukankah mereka dulu juga seperti anda? Bagaimana dia lebih dahulu
menerobos sempadan diri?

2. Baca
sejarah pemimpin dunia yang berjaya.

3. Minda anda sebenarnya mampu
melakukan lebih daripada apa yang anda capai sekarang.

4.
Bangun awal pagi sebelum Subuh. Ingat! Anda telah menyiapkan banyak kerja tatkala orang lain baru mahu bangun tidur. Keluar rumah awal walaupun pada hari cuti.

5. Jangan
makan malam berlebihan. Kalau anda sudah minum petang, tak perlu lagi makan malam. Makan makanan yang berzat sahaja. Ingat, perut ialah sumber penyakit.

6. Selalu
berjemaah dalam setiap aktiviti. Jangan menyendiri seorang diri dalam bilik yang beku. Jadilah orang yang mobile.Berkawanlah dengan orang yang mobile.

7. Jangan mengalah dengan sekali
kekalahan. Cuba dan cuba lagi. Orang yang gagal ialah orang yang berhenti mencuba.

8. Latih anggota panca indera anda untuk mematuhi
arahan minda anda yang menyuruhnya supaya bekerja kuat. Selamat tinggal lemak-lemak di badan. Mula bina otot-otot yang pejal dari sekarang. JANGAN LAGI ANDA MASIH MENGANTUK WAKTU KULIAH ATAU WAKTU DI PEJABAT.

9. Anda
masih muda walaupun sudah berusia 50 tahun. Bagaimana kalau Allah anugerahkan usia 80 tahun kepada anda. Maknanya anda baru menghabiskan 60% daripada usia anda. Anda ada lagi 40% untuk dilalui. Bukankah itu satu peluang yang banyak? Tambahan lagi jika anda baru berusia awal 20-an!

10. Sekarang anda sudah berusia dewasa. Maknanya minda anda sudah mampu untuk
menggarap apa sahaja ilmu dan kemahiran yang anda mutalaah. Ya dulu anda mungkin lemah waktu di sekolah menengah. Sekarang tidak lagi!

Paradigma hidup anda harus anda tukar hari ini juga. KERJA LEBIH SIKIT.
BURN THE NIGHT'S CANDLE. Kalau tak pecah ruyung manakan dapat sagunya. Belakang parang diasah lagikan tajam.

Allah telah menjumlahkan kekayaan di muka bumi ini dibahagi dengan bilangan orang yang hidup mencari rezeki di atasnya. Mengapa kita mendapat kurang dari hetong panjang habuan kita sebenar? Oh amat lemahlah kita.

Berbekalkan bukti yang ada di depan mata, saya yakin dan percaya,
ANDA JUGA BOLEH JADI CEMERLANG!

Saturday, July 18, 2009

Sahabat

by laksamana.

apakah yang lebih berharga daripadamu
walau mentari malap
hadirmu memberikanku cahaya
hilangmu mengundang gelita
senyumanmu adalah pelita
murammu adalah derita

Sahabat
aku akan berdiri di sisimu
sentiasa
bersamamu
walau berjauhan
tetapi doaku tetap melayang menujumu

sahabat
aku tidaklah mengharapkan hartamu
namun kumengharapkan doamu
ukirlah senyuman setiap kali kau memandangku
sesungguhnya doa dan senyumanmu menghidupkan daku

sahabat
kau asipirasiku
inspirasi tika sempitku
penghibur tika lukaku
kau adalah rembulan jiwaku

Semoga ALLAH sentiasa merahmatimu

dedicated to my most beloved brotherHafiz bin Zainol Abidin
mere human~Angkasa~

Sunday, July 12, 2009

Empayar Tesco



Sebut sahaja Tesco, adalah mustahil pasar raya besar (hypermarket) ini untuk tidak dikenali. Menjadi gedung berbelanja daripada kalangan suri rumah sehingga mereka yang bergelar jutawan. Anda boleh sendiri datang menjenguk ke Tesco, macam-macam ada!

Tesco mempunyai 2300 rangkaian pasar raya di 13 buah negara termasuk Malaysia. Angka ini menunjukkan bahawa Tesco tidak pernah bergurau dalam percaturannya menguasai sektor ini. James Caan, Pengurus Besar Tesco Stores Malaysia telah berjanji bahawa beliau akan membina lebih daripada 20 buah pasar raya besar Tesco dalam jangka masa 5 tahun bermula tahun 2005 telah menjadi kenyataan. Sekarang, Tesco mempunyai lebih daripada 26 buah pasar raya besar di Semenanjung Malaysia. Cukup untuk menunjukkan sekali lagi bahawa Tesco tidak pernah bergurau.

Bagaimana mungkin usahawan muda negara di dalam industri kecil-kecilan mampu bertahan dengan bayangan Tesco ini? Apatah lagi jika industri kita tidak mampu menemukan formula untuk menarik minat masyarakat ramai kembali kepada produk kita. Sejarah membuktikan bahawa perubahan yang mendadak tidak akan mudah diterima ramai. Maka, tidak hairan juga kedai-kedai runcit dalam negara satu masa nanti akan terpaksa gulung tikar. Senaraikan kekurangan di Tesco? Jika anda katakan harga produknya mahal, maka saya akan ketawa anda.


Artikel ini bukan untuk semata-mata menghentam Tesco. Itu bukan yang diajarkan kepada saya. Bahkan, kesungguhan dan semangat Tesco untuk membina empayarnya di seluruh dunia perlu di pelajari. Tidak salah untuk kita sebagai muslim mempelajari kesungguhan dan semangat Tesco. Saya bukan pengemar gagasan boikot tanpa tindakan, bahkan boleh mengundang murka Allah.

Jangan pernah berharap masyarakat khususnya di Malaysia beralih arah kepada produk Muslim jika tiada secubit usaha yang dilakukan. Bila saya katakan muslim produk muslim, jangan berpandangan bahawa ianya khusus untuk orang Islam sahaja. Fahaman ini perlu di ledakkan kerana Islam (pasaran halal dan toyyibah) itu rahmat seluruh alam. Strategi dan praktikal ekonomi tidak dipelajari secara khusus di dalam kitab. Ini perlu diketahui, menuntut untuk kita merancang percaturan dan praktikal dalam sektor ini. Tugas ini bukan mudah! Maka, sampaikan walau sedikit. Jangan malu atau segan untuk menunjukkan jalan keluar kepada orang ramai daripada belenggu ini sama ada sedar atau tidak sedar.

Akhirnya, seperkara yang kita perlu tahu bahawa artikel pendek ini hanya menceritakan empayar Tesco sahaja!

PAK NGAH

Semalam aku datang awal ke pejabat.sebelum tu terlebih dahulu aku bersama2 jamaah yg lain membaca surah al-waqiah,al-mathurat dan solat dhuha di cawangan HPA sg petani.kemudian menuju ke pejabat unit latihan HPA.sampai di sana aku dapati pintu office masih lagi berkunci.aku pun menelefon pen pengurus,abg luthfi.tapi dia plak cuti pada hari ini.setelah puas menunggu, xde jugak yg datang membuka pintu.jadi aku dan teman2 seangkatan pun bercadang ke rumah pak ngah.

Pak ngah ialah bekas pembekal fish ball kpd HPA sebelum HPA bertukar kpd lembaga perikanan kedah.aku mengenali pak ngah ni ketika di china iaitu semasa canton fair.semenjak itu perhubungan aku dgn pak ngah semakin rapat.

Pagi ini aku,arsyad dan safwan (student di china) berjumpa dgn pak ngah di pasar tani FAMA di guar cempedak.beliau setiap pagi berniaga ikan di pasar ini.katanya sudah 45 tahun beliau bergelumang dgn dunia ikan ni.bak kate org dah masak dgn ikan2 ni.umur beliau sekarang sekitar 60 lebih.

Selepas itu kami dibawa ke kilang pemprosesan fish ballnya.terdapat juga fish cake,kuey teaw,dan nugget ikan.semasa ondeway nak ke sana,terlebih dahulu beliau membeli beberapa biji buah durian.kemudian sebelum masuk ke kilangnya kami dijamah dahulu dgn buah2 durian tersebut.terasa seperti di kampong plak bersama2 dgn atuk.kebetulan plak aku dah lame xde atuk.lagi la terasa terharu dgn layanannya.

Habis je makan durian2 tu,kami pun masuk lah ke dalam kilangnya.katenya semua mesin2 di dalam kilangnya itu adalah hasil idea dan buatan tangannya.dan pekerjanya semua adalah anak2nya.kilangnya juga terpilih sebagai anak angkat lembaga perikanan negeri kedah.

Selepas itu kami pun dibawa menuju ke rumahnya.dapat kami berkenalan dgn isterinya yg kami panggil mak ngah je.setelah lame xberjumpa sekembalinya pak ngah pulang dari china dulu,seperti biasa rancaklah sedikit perbualannya.

Kebetulan plak hari ni hari sabtu,so kenduri kahwin bersepah lah.dan semena2 kami diajaknya oleh pak ngah ni utk pergi ke kenduri kahwin anak kawannya.inilah kali pertama aku makan kenduri kahwin yg makanannya sudah siap sedia dihidangkan di atas meja makan.pastu siap ade balai lagi utk org makan kat atas tu.lagi lah terasa seperti berada di kampong.dan lorong2 di kawasan ini sangat sempit.aku nak drive pun teragak2.

Selepas makan kami pulang semula ke rumah pak ngah berehat dan solat zuhur di sana.sementara nak tunggu hujan berhenti,kami dijamu plak dgn keropok lekor.katenya lekor ini juga hasil tangannya.dan rasanya memang sedap.lembut je.di cicah plak dgn sos nenas.lagi lah bertambah urm..

Hujan berhenti je.aku terus naik kete dan drive menuju ke pejabat unit latihan HPA.sampai sane org nak balik da.tapi aku stay je lah kat sane jap.buatlah ape2 yg patut.

Kesimpulannya aku nak bagitau kat sini bahawa hasil dari istiqamah yg selama 45 tahun dgn bermula dari berniaga ikan di pasar tani je pak ngah ni dapat membuka kilangnya sendiri yg berasaskan ikan jugak.mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa.malah pak ngah ni juga mempunyai lbh kurg 10 relung (aku pun xtau besar mane) sawah padi yg disewakan kpd adik iparnya.

Pak ngah juga sudah menunaikan haji dan umrah.malah sudah sampai di china tmpat aku belajar.sape kate peniaga ikan xleh nak terbang ke Negara org?background pak ngah menyebabkan aku respect kat die.

Friday, July 10, 2009

hari esok selepas semalam

Hari ini destinasi pertama aku di sg petani ialah ke office el-zahraa utk berjumpa dgn ust samad,penolong pengurus besar zon utara.ade beberapa perkara yg nak dibincangkan.tetapi kerana ust samad agak sibuk pagi ini,aku dan sorang kawan ni,safwan,bertukarlah destinasi iaitu ke HPA multimedia.HPA multimedia ni menjual barang2 aksesori computer dan beberapa barang multimedia yg lain.

Di sana kami pun berjumpalah dgn pengurusnya.en hafiz ismail.dan secara xlangsung kami membincangkan produk2 yg akan dipasarkan xlama lagi.kami juga diminta utk mencari pembekal utk produk2 yg menjadi pilihan.dan yg agak menarik disini,setelah sedikit perbincangan yg secara xlangsung,insyaallah xlama lagi HPA akan mengeluarkan handphone jenamanya sendiri.handphone yg disetkan sekali dgn bacaan al-quran,hadis2, yg pelbagai versi imam dan bahasa dunia.sama2 kita berdoa.

Hari ini juga aku berkesempatan utk makan tgh hari di restoran Radix Fried Chicken (RFC) yg ke3 iaitu di Bandar laguna.restoran RFC ini siap ade drive-thru lagi.walaupun da beroperasi tapi insyaallah majlis perasmiannya pada 18hb ini.

Sebenarnya kami juga dah di plan oleh ust samad utk bersama2nya meninjau tapak yg akan HPA dirikan HPA Mall.tetapi disebabkan ust samad agak sibuk,jadi aku dan wan saje yg pergi ke sana selepas diberi pelan menuju ke sana.lebih kurang 8km dari Bandar sg petani ini iaitu berhampiran dgn giant.insyaallah dgn penuh yakin aku merasakan HPA Mall akan dibuka xlama lagi.

Petang tadi juga aku dapat menghadirkan diri ke majlis penutup dan penyampaian sijil kursus penghayatan HPA.majlis ini dirasmikan oleh PJS Abdul Razak bin Mohd Arif.aku naik ke pentas tuuu..tapi sebagai pemberi sijil dan hadiah je lah.aku memberi kpd slh seorang organizer dan diberikan pula kpd penyampai dan disampaikan pula kpd yg berhak menerimanya.

Malam ini aku tidur di rumah staff HPA yg sederet dgn homestay HPA.tapi sebelum tu aku melawat dulu ke hotel el-zahraa inn.apabila kami diberi peluang oleh tn hj sendiri utk meninjau semua projek2 HPA ini,aku pun xlepaskan peluang la.bila masuk ke dlm hotel tu,terasa kagum sangat.cantik sungguh hotel ini.kalau sape yg berkesempatan dtg ke sini,jemputlah menginap di hotel HPA ini,harga pun insyaallah mampu dibayar.

Akhir sekali,kpd ahli2 HPA,insyaallah xlama lagi sg petani ini akan jadi salah sebuah tempat lawatan yg popular.mungkin juga tempat honeymoon.mgkn juga akan ade yg beranggapan sg petani ini HPA yg punya.hehehe…AMIN….

8hb 7 yg mulia.

Pada 8hb 7 tempoh hari aku berada di cawangan HPA Sg Petani bersama2 peserta kursus penghayatan.ketika aku sampai mereka sedang membaca surah al waqiah.kemudian diteruskan pula dgn bacaan al mathurat dan tazkirah oleh pak agus.selepas itu kami solat dhuha berjemaah.

Selepas makan pagi,PU HPA tuan haji ismail memberi sedikit taklimat mengenai ‘inilah pegangan kami’.banyak ilmu yg disampaikan oleh tn hj termasuk pengalaman2 hidupnya sebelum ini.sedikit sebanyak kami diberi semangat utk memperjuangkan produk islam dan menggerakkannya pun mengikut pegangan islam.

Selepas makan tgh hari dan solat zuhur berjemaah,secara xlangsung kami student HPA di China diminta utk mengisi slot yg kosong dgn menceritakan sedikit sebanyak pengalaman sepanjang berada di China.tapi teman aku iaitu safwan dan arsyad saje yg sempat berucap.aku terlepas.

Kemudian semua peserta2 diminta utk ke dewan RFC kerana program bersama staf2 HPA.sebelum kami student di China ke sana,kami dipertemukan dulu dgn tn hj utk beliau menerangkan kpd kami misi dan hala tuju kami di sana.kemudian kami bersama2 menuju ke dewan RFC.

Hari ini aku dipertahukan yg HPA akan membuka kedai buku dan kedai kek nya sendiri di kawasan lagenda height ini juga.ke 2 2 kedai ini akan dibuka dlm jangka masa terdekat ni kerana signboard kedainya dah pun dipasang.insyaallah..

Sunday, July 5, 2009

ready or not?

kali ni aku nak citer skt pasal budak2 di malaysia ni.masa solat jumaat tempoh hari aku duduk bersama golongan budak2 yg umurnya sekitar 10-12 thn ni.dan topik yg diborakkan oleh budak2 ni adalah mengenai basikal.pada umur yg sebesar ni mereka semua sudah bercita2 dan berpotensi untuk menjadi rempit.

di antara perbualan yg sempat aku dgr ialah pengubahsuaian basikalnya.nak upgrade body a la.nak tukar sport rim la.nak spray itu la,ini la.dan mcm2 lagi la.khutbah jumaat aku tertukar plak dgn khutbah budak2 ni.

ketika di umur ini mereka sudah taksub dgn basikal.bila da msuk peringkat atas skt mula berjinak2 dgn motor.kemudian motor pun nak di upgrade jugak.nafsu pun semakin membuas dan cubaan beraksi plak bersama motorsikalnya.

inilah masalah rakyat kita.sedari kecil lg xdipantau.bila da besar terasa bebas.kita pun selalu dgr mak bapak kita ckp yg zaman dorang xde pun mcm ni.dan xmustahil bila kita da jadi mak bapak nanti kita pun akan ckp benda yg sama.kalo kita rasa zaman sekarang da teruk maka percayalah zaman yg akan mesti lagi teruk.

da bersediakah kita utk menghadapi zaman yg akan datang ni??

Thursday, July 2, 2009

kena gi macao

kali ni aku nak citer skt pasal ketidakpuasan hati aku mengenai flight aku esok nak balik malaysia.sebenarnya xde ape pun sangat tapi aku tetap xpuas hati dan nak lemparkan jugak kat blog ni.selain tu saje je nak kasi update skt blog ni.hehehe...

aku duduk di guangzhou dan di guangzhou ni juga ade sebuah airport.juga ade flight nak ke kuala lumpur.ade flight air asia dan mas.utk aku naik air asia je la.kawan2 aku yg seangkatan pun same naik air asia jugak.tapi dorang ni semua duduk belah utara.di macao ade jugak sebuah airport.malah ade terus ke penang.di guangzhou xde.

urusan pergi balik aku semua pemantau aku di sini yg uruskan.disebabkan kawan2 aku ni semuanya nak turun ke penang jadi dorang kena ke macao la.dan utk memudahkan urusan pemantau aku ni,dia pun belilah semua tiket dari macao.dgn aku sekali kena ambil flight dari macao.cumanya aku turun ke kl dan mereka semua turun ke penang la.

aku ade bertanya kpd pemantau aku ni kenapa aku pun kena amik flight dari macao juga.jawabnya sebab tiket guangzhou - kl mahal.beza sekitar rmb200 dgn macao.hati aku tetap memberontak.kalo nak ke airport guangzhou ni aku kena amik masa cuma lebih kurang 30-40 mnt je dr tempat aku tinggal ni.tapi nak ke macao kena amik masa lbh kurang 3-4 jam.pastu nak kena check in lagi masuk ke macao.agak sedikit leceh di sini.tambang bus lagi.teksi lagi.erm..aku kena bertolak dr umah ni awal pagi.sebab flight aku kol 1230.

ibarat mcm aku duduk kat johor dan di johor juga ade airport.tapi aku amik flight dari singapore.nampak mcm leceh kan.nasib baik kat macao matawang china laku.kalau die nak matawang die mesti lagi leceh.nak kena tukar duit lagi.

tapi apa-apa pun aku bersyukur jugak la dapat balik.lagi syukur dapat bersama PU dan pegawai2 atasan aku di malaysia nanti sebab balik ni pun aku kena kursus sebulan.lagi satu mungkin dapat makan RFC puas-puas sebab aku kursus di sg petani.hehe..