Tuesday, June 30, 2009

berlalulah sudah...

akhirnya selesai la sudah semester pertama aku di china ni dgn berakhirnya peperiksaan petang tadi.selama 4 bulan aku di sini xsangka dapat juga aku bertutur dlm bahasa mandarin sedikit sebanyak.siap dgn menulis karakter-karakternya sekali.insyaallah kalau rezeki aku dipanjangkan disini aku akan memulakan semester baru pada hujung bulan 8.

mengenai exam aku disini,aku mengambil 4 paper berdasarkan 4 subjek matapelajaran yg aku ambil.subjek yg paling penting sekali ialah zhonghe (elementary).papernya pagi semalam.walaupun ade sedikit karakter yg aku lupa tapi aku berjaya juga menjawabnya.subjek ke2 pula ialah kouyu (spoken) juga semalam tapi sebelah petang.bentuk examnya aku kena bercakap.laoshi (lecterur) tanya soalan aku jawab.aku juga dikehendaki utk bercerita mengenai family aku dan sedikit sebanyak corak pembelajaran dan kehidupan aku di sini.aku rasa exam ni paling best sekali sebab aku kena bercakap je.10 mnt da abis.hehe..

pagi td pula paper aku utk subjek yuedu (reading).paper ni aku rasa paling susah sekali.sebab aku banyak lupa karakter.soalan ni berbentuk,aku kena baca karangan pendek n jawab soalan berpandukan karangan.kat paper ni,mane karakter yg aku lupa,aku tulis dlm pinyin (abjad) je.dan yg last sekali paper tingli (listening).aku dikehendaki memakai headphone dan dengar conversation dlm tu.kemudian jawab soalan pada kertas soalan berpandukan conversation tersebut.

bentuk exam aku ni lebih kurang mcm muet la.alhamdulillah aku dapat jugak jawab soalan exam ni.dan sekarang ni aku dlm proses utk menghafal lagu-lagu mandarin utk membolehkan lidah aku berputar belit dgn lebih fluent.

Saturday, June 27, 2009

pandai masak ke x???

rasenya mcm da lame je xupdate blog.mgkin xde bahan ataupun xtau nak tulis ape.skang ni aku ade 1 perkara nak cerita pasal remaja perempuan di china ini.cerita ini mengenai masakan.

petang ni aku bersama pak indera (bisnesman indonesia) plan utk makan malam bersama hasil masakan sendiri.disebabkan aku xpandai nak masak masakan jenis berlauk ni,aku pun ajaklah pak indera datang utk masak dirumah.cadangnya nak masak rendang,gulai dan apa jenis lauk lagi la.aku pun xtau.sebelum tu kami pun beli la bahan kat market bawah rumah ni.semua bahan dapat dicari cuma satu je lagi iaitu santan kelapa.aku ngan pak indera ini xtau nak sebut santan dlm bahasa mandarin.aku pun telefon la kawan2 yg agak mahir la jugak berbahasa mandarin disini.tapi malangnya dorang pun xtau santan dlm bahasa mandarin ape nk disebut.

kebetulan aku ternampak gambar kelapa pada botol minuman yg berperisa kelapa.aku pun tunjukkan la gambar kelapa tu dan sebut nak gambar (kelapa) ni punya air.dia pun bagi aku air kelapa minuman.aku pun cakap la yg aku bukan nak minum.aku nak guna gambar ni punya air utk masak.lepas tu barulah dia faham.tapi kat market tu xde jual santan.dia suruh kami pergi ke pasar.

masa nak bayar tu aku pun berborak la sikit dgn pekedai2 ni.semuanya perempuan.dia tanya kat aku nak masak ape ni.aku cakap adelah.die tanya aku reti ke masak.aku jawab bolelah sikit2.dia terkejut mcm xpercaya lalu gelak2 sesama dorang sambil ckp dlm bahsa dorang yg aku xpaham.aku tanya dia pulak.awak pandai masak?.dia jawab xpandai.dan semua yg aku tanya semuanya jawab xpandai masak.sedangkan umur mereka semuanya sekitar 20 keatas.

aku teringat cerita seorang perempuan ni masa pergi ke beijing awal bulan hari tu.perempuan ni cerita yg perempuan cerita ni waktu muda dorang sibuk cari duit dulu.kemudian selepas kahwin barulah dorang belajar memasak.so,xpelik kalau remaja perempuan di china ni xpandai masak.masa tu aku xberapa nak percaya sangat.tapi bila aku dah kena barulah aku percaya.

kalau kita di malaysia perempuan yg xtau masak mesti agak susah nak dapat calon.dan kalau tanya pada mane2 lelaki pun nak isteri yg mcm mane,mesti dorang akan jawab yg pandai masak.

Monday, June 22, 2009

tinggal seminggu je lagi nak exam

besok dah sekolah semula dah.tinggal seminggu ni je sekolah.lepas tu aku duduki final exam plak.seminggu cuti ni aku xdapat nak ulangkaji.seminggu cuti ini aku ibarat amik cuti sakit je.banyak masa aku dihabiskan dgn duduk berehat di rumah je.semalam aku keluar melihat permandangan plak.hari ni je la aku dapat luangkan sedikit masa dgn buku.dan masa seminggu inilah aku kena struggle tahap maksimum.

remaja china

kali ni aku nak citer pasal sorang remaja china ni plak.semalam aku berkemampuan la nak keluar berjalan-jalan.beselah baru sembuh dari demam rindu nak tengok permandangan luar.aku nampak 1 kedai teh dari jauh dan aku tertarik nak kesana.aku pun belilah sedikit teh china nak bawak balik malaysia.sambil-sambil tu aku pun berborak la dgn dia.siap mintak dia buatkan teh lagi bagi aku minum.aku beli teh yg murah je tapi mintak minum teh mahal.hehe..tapi orang china ni dia xkisah.dia jaga pelanggan dia.aku siap mintak teh yg paling mahal sekali tapau nak rasa kat rumah.

bukan tu yg nak dijadikan ceritanya.aku adalah tanya kat dia umur dia sebab aku tengok dia muda tapi dah ade kedai sendiri.dlm jangkaan aku umur dia dlm sekitar 25an la.tapi bila dia jawab umurnya aku terkejut sebab dia sebaya aku lahir tahun 88.lagi muda berbanding tekaan aku.dia bercerita lagi yg lelaki cina ni kalau xde duit perempuan xsuke.sebab tu lepas habis sekolah je dorang terus cari kerja.malah dkt sekolah pun dorang dah di washbrain utk buat bisnes sendiri.dan setiap apa yg dorang buat,dorang xkan peduli apa tanggapan orang asalkan benda tu boleh menghasilkan duit.

pernah juga aku dgn kawan-kawan yg lain bersembang dgn seorang pemandu van ni.dia pun agak muda jugalah.dia menceritakan yg kehidupan di guangzhou ni sgt mahal.dia yg berpendapatan sehari sekitar 300-500 RMB pun hidup ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.katanya lagi dia seorang lelaki dlm keluarga tu perlu bagi duit pada isterinya,emak,bapa dan adiknya.tapi yg aku geram dgn pemandu van ni adalah dia kaki minum.setiap malam katanya dia akan minum sekurang-kurangnya sebotol arak.dan memang itulah cara hidup orang di sini.kerja pada siang utk enjoy pada malamnya.

Friday, June 19, 2009

jumpa group malaysia

hari ini hari jumaat.mcm biasa aku akan ke masjid huaisheng menunaikan solat jumaat.disana bertemu pula dgn segerombolan rakyat Malaysia dan mengikut maklumat seramai kira2 50 orang.pada mulanya aku disapa oleh seorang budak yg menanyakan "abg org malaysia eh?".aku terkejut dan menjawab dgn seronok sekali "ye.study kat sini.ang buat ape kat sini?"dia pun menjawab "ikut rombongan company mak jalan2.".rombongan ini adalah under PKNS.dan yg paling seronok terdapat juga beberapa orang dari kuang.kawasan aku tinggal di malaysia.malah ade juga bekas cikgu sek menengah bkt gading.bekas sekolah aku.tapi masa aku belajar kat sekolah tu dia da xmengajar da kat sekolah tu.1 lagi tapi aku lupa nak tanya nama mak cik tu.apa daaa...

sebenarnya plan aku hari ni lepas abis solat jumaat aku nak gi bershopping sikit kat onelink plaza.nak cari la pape sovenier nak bawa balik.tapi plan aku tu xtercapai.badan aku masih lemah lagi hari ni.batuk aku semakin melarat.dan memang terasa lemah la badan ni.aku pun amik keputusan balik je berehat kat umah.ondeway nak balik tu aku singgah dulu satu restoran muslim baru kat area situ.ala2 hotel la plak restoran tu.aku suruh wan je pesan lauk.sebab akmi masih lagi xboleh baca menu dorang.sumer karakter cina.gambar menu plak kat bahagian depan.aku malas nak berjalan lagi kalau da dapat duduk ni.kami makan 3 jenis lauk dan 2 jenis kuih.minum teh cina.murah je.cuma RMB64.makanan dia memang amat menyelerakan.tapi sayang,walaupun nafsu makan aku tinggi masa tu tapi aku tetap xluak nak makan.makan sikit je pastu da rasa loya.

balik tumah aku berehat je la sambil layan tenet.perut lapar tapi xberselera nak makan.dan ini akan menyebabkan berat badan aku akan semakin menurun dan aku akan jadi semakin kurus.lepas ni kalau aku malaysia jangan tanya la pasal apa aku da semakin langsing...

Thursday, June 18, 2009

Aku Bekam

skang ni aku selamat dibekamkan.agak terasa sakit jugak la bekam ni.nampak je macam xsakit tapi bile kena cucuk dgn jarum tu menggelitik jugaklah badan aku.tapi xde la sakit mane pun.cuma mcm kena gigit semut je.aku je yang manja sangat.

sebenarnya yg elok nak buat bekam ni pada 17,19 dan 21 hb kalendar islam.dan aku pada mulanya bercadang nak buat pada 13 jun tempoh hari yg bersamaan dgn 19 jamadilakhir.tapi atas sebab2 tertentu terpaksa ditundakan.lagipun keadaan kesihatan aku pada waktu tu agak kurang baik.

aku dibekamkan oleh safwan sebanyak 5 cup.1 dibahagian titik racun,2 dibahagian bahu dan 2 lagi dibahagian titik belikat.proses bekam ini dilakukan sebanyak 2 kali.kali pertama sebanyak 17 titik dan keduanya pula 15 titik.hasil daripada bekam ni safwan mendapati darah kotor aku yg keluar ialah berwarna merah terang dan agak pekat.disamping di dalam cup tersebut menunjukkan angin dalam badan aku begitu tinggi kerana cup itu begitu banyak wap.

apa-apahal pun aku harap dgn berbekam ini dapat membantu aku sedikit sebanyak utk aku menjadi lebih aktif kerana hujung bulan ni aku ada final exam.

Turun 3kg

erm.hari ini aku rasa mcm nak demam balik.tapi pagi2 lagi aku da bancuh 2 sachet kopi radix.cuaca pun agak ok hari ini.aku bukak semua tirai2 langsir dan tingkap di beranda bagi udara luar masuk.kasi laluan sikit pada laluan peredaran udara tu.

skang ni aku baru naik dari makan tengah hari kat kedai bawah.ondeway balik ke rumah td aku singgah jap ke farmasi beli kapas dan sedikit alkohol.petang ni aku minta teman serumahku bekamkan badan aku.nak bagi keluar semua racun2 yg ada dlm badan ni.masa kat farmasi tadi ada penimbang berat badan.aku pun cubalah menimbang berat badan aku.alangkah terkejutnya dlm masa 4 hari je berat badan aku menurun dari 60kg ke 57kg.badan aku ni da la kurus.kalau turun berat badan bermakna lagi bertambah kurus la.

haa..ini juga dapat membuktikan bahawa dengan mengamalkan kopi radix sahaja dapat turunkan berat badan.sebabnya kopi radix dapat memberikan tenaga walaupun xmakan.kopi radix juga dapat melengahkan masa makan.contohnya kalau kita biasa makan kul 12,tapi cuba pada masa tu kita minum dulu kopi radix.insyaallah masa makan tu akan berubah jadi kul 2 or 3.mungkin juga nafsu nak makan tu da kurang.so,sikit je la kita makan.

Pengambilan Pelajar Ke China

Temuduga Terbuka :
Pengambilan Pelajar Ke China (Tajaan HPA - Peringkat Ijazah).
Temuduga akan dibuat, KHAMIS (25 Jun 2009 ) Mulai Jam 10.00 Pagi.
Di Dewan HPA SP, Bdr HPA Sungai Petani, Kedah.
Minima SPM, umur 18 - 22Tahun

Telefon : Puan Husni 04-9776805 / 0134308717
email: hr@hpa.com.my atau Fax:04-9772612

Sumber: Laman Web Rasmi HPA Industries Sdn Bhd
www.hpa.com.my

Wednesday, June 17, 2009

3 produk je...

alhamdulillah.pagi tadi aku bangun dari tidur badanku basah dengan peluh.aku cuba menggerakkan tanganku sekuat dan selaju yg terdaya.kepalaku juga sudah boleh berpusing ke kiri kanan dengan cepat tanpa ada masalah.cuma badanku agak lemah sedikit sebab xdpt makan dengan sempurna sejak 3 hari lepas.semalam aku hanya makan sekeping roti berintikan sedikit daging didalamnya (seakan-akan burger).kelmarin pula aku hanya makan sedikit nasi goreng dan meehun goreng je.hari sebelum tu pula aku hanya makan sedikit je nasi goreng.dan pagi ini aku terasa sangat lapar.

aku pun ke dapur dan mencari bahan yg boleh dimakan.nasib baik ada lauk segera brahims.aku panaskan je.terisi la sikit perut ini.dan tadi pulak teman serumahku masak utk makan tengah hari.aku makan dgn agak lahap la jugak.dan sekarang aku rasa badanku da hampir benar-benar sembuh dari demam.

sepanjang aku demam,aku ambil 3 je produk hpa.aku minum 2sachet kopi radix dlm 1 cawan.kalau sesachet aku bancuh dgn kuantiti air yg sikit.aku minum pada waktu pagi,tengah hari dan malam.disamping tu aku telan imuniti hpa dan minyak zaitun soft gel hpa je.itu je ada kat sini buat masa ni.

Tuesday, June 16, 2009

aku tetap aku

pagi ini aku rasa seakan-akan sudah sembuh dari demam.tetapi rupanya hujan di tengah hari.awal2 pagi lagi aku membancuh sesachet kopi radix (bekalan nak habis) dan aku telan jugak beberapa biji kapsul herba HPA.dan seperti biasa amalan mathurat diteruskan.aku juga menghabiskan masa pagi aku dgn membasuh baju dan menyidainya.aku nak melawan perasaan demam tu dgn keluar berjalan-jalan di luar tapi aku takut tumbang di tengah jalan langsung dikuarantin dan disyaki wabak H1N1.jadi aku pun duduk di beranda sambil bermuhasabah diri.

kemudian aku kembali semula ke arah katil aku dan tarik selimut selubungkan badan aku terus lelapkan mata.apabila terjaga dari tidur kepala aku berdenyut kuat.lagi bertambah parah apabila rumah atas di tingkat 19 sedang renoved rumahnya dan rumah aku di bawah berdentum-dentum bunyi ketukan.aku pun bangun dari tidur dan terus gi mandi.selepas mandi badan aku menggigil-gigil kesejukan.

aku pun kembali semula ke katil dan berselubung semula.petang ni aku minum lagi kopi radix yg dibancuh oleh teman serumahku.ketika itu mereka sedang bersiap-siap utk ke tian he sport centre main badminton.skang ni aku tinggal sorang je di rumah.dan sekarang juga aku rasa semakin baik.tapi badan aku tetap longlai.dan dari pagi juga aku masih xmakan sedikit pun.cuma telan beberapa biji kapsul je.

Monday, June 15, 2009

salah satu ujian

semalam aku rasa deria aku kurang berfungsi seperti biasa.seakan-akan nak demam.nasib baik bekalan kopi radix aku masih ada lagi.aku pun bancuhlah 2sachet kopi dlm 1 cawan.tetapi perasaan nak demam tu semakin bertambah.utk melawan perasaan tu aku pun amik keputusan utk keluar ke zhan xi lu (tempat wholesale pakaian).di sana sempat jugak aku beli beberapa helai baju.masalahnya tujuan aku kesana nak melawan perasaan nak demam tu.tapi sampai disana hujan turun plak.nak xnak aku kena mandi hujan jugak.walaupun hujan xberapa lebat tapi tahap air pollution kat sini sangat teruk.jadi sangat mudah utk dijangkiti penyakit.kat sini,walaupun selepas hujan lebat tetapi permandangan di udara tetap kabur.ini kerana bandar guangzhou ini telah di kelilingi oleh kilang-kilang.dan guangzhou juga dikenali dgn kawasan perindustrian.

balik saja dari zhan xi lu,aku terus merebahkan diri.imuniti badan aku xdapat melawan agen demam.keseluruhan badan aku terasa sangat sakit.dan ketika itu aku merasakan suhu badan aku hampir mencecah 40'C.tekak aku terasa sangat loya.dan ketika itu juga aku diselubungi perasaan takut dijangkiti penyakit H1N1 kerana baru minggu lepas aku ke beijing.aku memencilkan diri aku ke dalam bilik.setiap kali aku menggerakkan badan aku,kepala aku terasa seperti ditarik.berdenyut-denyut.aku mula muhasabah diri.bibir aku mulai basah mohon taubat.sepanjang malam mungkin dlm 1 jam tu 2 3 kali aku terjaga.tetapi aku masih lagi xberdaya nak bangkit.

hari ini setelah aku terjaga dari tidur yg agak lena sedikit,jam sudah menunjukkan hampir kol 11.tetapi aku masih lagi xberdaya nak bangkit.walaupun suhu badan aku hampir kembali ke normal tapi kepala aku masih lagi berdenyut.dan ketika teman serumah aku panggil utk makan bersama,aku cuba bangun.niat aku utk utk berpuasa sunat hari ini terpaksa dikanselkan.nafsu makan aku langsung xde.tapi aku mesti kena makan jugak.lepas makan aku bancuh lagi 2 sachet kopi radix dlm 1 cawan.aku makan jugak semua herba HPA yg ade.

dan sekarang aku rasa lebih baik dari semalam.syukur kerana aku xdijangkiti H1N1.walaupun deria rasa aku xberfungsi ketika makan tadi tapi aku bersyukur aku da dapat balik sedikit kekuatan badan ini.di saat ini juga aku seorang diri di rumah dimana teman-teman serumah aku masing-masing keluar dgn urusan tertentu.

Sunday, June 14, 2009

lagu mandarin pertama aku

zhe sheng xia gang qin pei wo tan le yi dian
shui jiao de da ti qin
an jing de jiu jiu de
wi xiang ni yi biao xian de fei chang ming bai
wo dong wo ye zhi dao
ni mei you she bu de
ni shuo ni ye hui nan guo wo bu xiang xin
qian zhe ni pei zhi wo ye shi cheng jin
xi wang ta shi zhen de bi hai yao ai ni
wo cai hui bi zi ji li kai

ni yao wo shuo duo nan kan
wo gen ben bu xiang fen kai
wei shen me hai yao wo yong wei xiao lai tai duo
wo mei you zhe zhong tian fen
bao rong ni ye jie shou ta
bu yaou dan xin de tai duo
wo hui yi zhi hao hao guo

ni yi jin yuan yuan li kai
wo ye hui man man zou kai
wei shen me wo lian fen kai dou qian jiu zhe ni
wo zhen de mei you tian fen
an jing de mei zhe me kuai
wo hui xue zhe fang qi ni
shi ying wei wo tai ai ni