Sunday, January 25, 2009

Kata-kata Rasulullah tentang IRAQ jadi kenyataan

Pada suatu hari,Nabi Muhammad s.a.w menudingkan jarinya ke arah Timur lantas bersabda : " Bahawa fitnah akan menimpa orang-orang Islam dari arah ini." Arah timur yang dimaksudkan baginda itu adalah negara Iraq.Apakah segala amaran Rasulullah itu menjadi kenyataan?
Ya. Pelbagai peristiwa besar berlaku tidak lama selepas baginda mengucapkan kata-katanya itu. Satu persatu fitnah, peperangan dan pembunuhan terjadi di Iraq.

Apakah peristiwa itu berlaku secara kebetulan? TIDAK. Setiap peristiwa yang terjadi, sejak dulu sampai sekarang membuktikan apa yang telah diucapkan baginda itu bukan sekadar ramalan tetapi kebenaran yang pasti terjadi tanpa dapat dipertikaikan oleh sesiapa.

Antara peristiwa besar yang menimpa Iraq selepas Nabi Muhammad bersabda ialah :

-Pembunuhan Khalifah Umar oleh orang-orang Ajam.
-Peperangan Jamal dan peperangan Siffin antara Sayidina Ali dan Muawiyah.
-Perang Karbala.
-Fitnah oleh Mukhtar.
-Kezaliman Hajjaj bin Yusof.
-Penjajahan orang-orang Monogol dan Turki.

Sekarang, seluruh dunia menyaksikan bahawa bumi Iraq masih belum aman akibat fitnah seperti yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. 1400 tahun yang lalu. Peperangan, pembunuhan, penculikan dan sebagainya masih berlaku di negara tersebut akibat pencerobohan tentera musyrikin di bawah pakatan Amerika Syarikat.

Friday, January 23, 2009

WHO AM I ????

ASSALAMUALAIKUM....

akibat selalu sangat melayari blog orang,akhirnya saya pon mengambil keputusan untuk membuat blog ini...saya bukannya seorang yg pandai mengarang tetapi saya akan cuba dan belajar mengarang melalui blog ini...insyaallah....

Nama sy Mohd Abu Al Ghida bin Jamaluddin...
lahir pada tahun 1988..
pernah bersekolah di sk sg penchala,sk bandar menjalara,sk kuang,sma arab jaim darul falah,smk bukit gading dan menuntut di UNiSEL...
pencapaian di UPSR 3A,1B,1D..
PMR 3A,4B,1C,1D...
SPM 1 A1,3 B3,1 C5,4 C6,1 D7...
SIJIL TAHUN ASAS SAINS UNISEL...

erm...
menjadi ahli HPA pada bulan dis 05..
mengikut program perkongsian bijak (PB) pada jan 06..
tp belum lagi dibuka pintu rezeki 2..
insyaallah...

dan kata2 terakhir.....
semalam dijadikan pengajaran...
hari ini hadapi cabaran...
esok merancang perjalanan...